• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Anjur Parti Liar

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran terhadap pemilik-pemilik restoran atau ‘bar’ untuk tidak menyalahgunakan lesen bagi menganjurkan parti liar terutamanya menjelang sambutan malam Tahun Baharu esok.

Susulan itu, pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan melakukan operasi besar-besaran bagi menjejaki premis-premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah D7, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya mengesan terdapat premis yang mempunyai kebenaran beroperasi bagi perniagaan makanan dan minuman namun sebaliknya menawarkan penganjuran parti liar.

Menurut beliau, mana-mana premis yang menyalahgunakan kebenaran tersebut boleh dibatalkan lesen oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, ada juga premis hiburan yang kita pernah serbu dan kompaun pemilik premis namun masih berdegil beroperasi.

“Pihak D7 akan melakukan pemantauan terhadap premis-premis ini dengan operasi-operasi di lokasi-lokasi panas sempena sambutan tahun baharu esok,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Noor memberitahu, selain premis makanan atau restoran, pihaknya turut mengenal pasti penganjuran parti liar di kediaman mewah dan kelab- kelab persendirian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penganjur menyewa premis tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Jadi kita minta pemilik premis ini jangan sembarangan sewakan kepada pihak tertentu kerana mereka juga boleh diambil tindakan,” jelas beliau.

Tambah Mohamad Noor, pihaknya telah membuat tangkapan terhadap 1,208 individu menerusi 79 serbuan parti liar di seluruh negara sejak 2020 hingga November lalu.

“Daripada jumlah itu, tangkapan tertinggi melibatkan di Kuala Lumpur iaitu seramai 723 orang diikuti Johor (148); Pulau Pinang (118) dan Pahang (78),” katanya.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merekodkan sebanyak 346 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dengan penyalahgunaan dadah daripada 804 orang kakitangan awam yang ditahan sejak Januari hingga November lalu.

Kakitangan awam lain ialah Angkatan Tentera Malaysia (104 orang) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (14 orang).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, jumlah yang direkodkan itu rendah berbanding tahun 2020 yang mana sebanyak 408 warga PDRM terlibat dadah diikuti 566 orang pada 2019.

Dalam sidang akhbar khas pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini semalam, beliau berkata, PDRM menumpaskan 279 sindiket dadah di seluruh negara sepanjang tahun ini termasuk ada sebahagiannya diketuai oleh golongan kenamaan bergelar Datuk.

Katanya, ada juga sindiket yang diketuai individu bergelar usahawan yang berselindung di sebalik perniagaan mereka seperti perhotelan, pelancongan, perkapalan dan pengangkutan untuk menjalankan pengedaran dadah di dalam dan luar negara.

-Utusan Online

Tags: Parti Liarpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPJ Sudah Kutip Bayaran Saman Lebih RM6 Juta

Next Post

Zii Jia Keluar BAM Hanya Khabar Angin

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Zii Jia Keluar BAM Hanya Khabar Angin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd