• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Berterusan Sehingga Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Luruan Monsun yang dijangka berterusan sehingga 3 Januari 2022 di samping kesan sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan bakal menyebabkan hujan berterusan di beberapa negeri.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan berterusan diramalkan berlaku di timur Sabah sehingga 2 Januari dan barat Sarawak pula pada 29 hingga 31 Disember manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember-3 Januari.

“Berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), luruan monsun dijangka berterusan sehingga 3 Januari tahun depan.

“Pada masa yang sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah, barat Sarawak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Helmi, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, utara Sarawak dan Sabah juga diramal berterusan sehingga 2 Januari 2022.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

“MetMalaysia terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan amaran ribut petir bila keadaan perlu,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: HujanMetMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri

17/02/2026
0

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran...

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

Hujan Lebat Berterusan Hingga Sabtu – MetMalaysia

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Amaran hujan berterusan di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd