• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670.

Model pengganti kepada Honda Jazz GK ditawarkan dengan pilihan tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V dijangka diterima pelanggan terawal yang menempah model itu mulai Januari ini.

Honda City Hatchback dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM75,670 bagi varian asas 1.5 S, diikuti varian pertengahan 1.5 E dari RM83,060 dan varian tertinggi 1.5 V pula bermula RM87,860.

Secara ringkasnya, model ini adalah City sedan yang dihasilkan tanpa but belakang, justeru varian City Hatchback yang ditawarkan di Malaysia hampir sama dengan model sedan merangkumi tiga varian dengan enjin petrol 1.5 liter.

Bagi semua varian dengan enjin petrol penuh, ia dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS dan tork puncak 145 Nm, namun ia masih dibekalkan dengan kotak gear CVT automatik bagi memacu roda hadapan.

Bagi peminat hibrid, varian City Hatchback terbabit yang dijangka tampil dengan tahap kemasan paling sporty iaitu e:HEV RS akan diperkenalkan awal tahun depan.

Semua varian City Hatchback didatangkan dengan perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama lima servis dengan kos buruh percuma.

Menjengah ke dalam kabin, model itu berkongsi rekaan dalaman yang sama dengan model sedan termasuk papan pemuka, roda stereng dan juga tempat duduk hadapan.

Namun, City Hatchback turut menampilkan konfigurasi Ultra Seat yang sama seperti Jazz, menawarkan empat larasan tempat duduk fleksibel iaitu mod Refresh, Long, Tall dan Utility.

Kelengkapan setiap varian pada City Hatchback juga hampir sama seperti kelengkapan yang diberikan pada model sedan.

Bagi model asas 1.5 S, ia menerima perincian standard termasuk lampu hadapan projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, rim aloi 15-inci kemasan perak, sistem masuk tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, pendingin hawa manual, upholsteri fabrik, pemain audio biasa dengan hubungan Bluetooth serta empat pembesar suara.

Model pertengahan petrol 1.5 E pula ditambah dengan rim aloi kemasan dua tona, penghidup enjin kawalan jauh, sistem pendingin hawa automatik zon tunggal, pedal penukar gear, cruise control, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 8-inci bersama sokongan Apple Carplay dan Android Auto serta kamera undur.

Manakala, model tertinggi dengan enjin petrol 1.5 V pula menerima tambahan perincian seperti lampu hadapan LED sepenuhnya bersama lampu kabus hadapan LED, rim aloi 16-inci kemasan dua tona, serta sistem audio yang menampilkan lapan pembesar suara.Bagi aspek keselamatan pula, City Hatchback untuk pasaran Malaysia diberikan standard dengan empat beg udara dan juga sistem kestabilan kenderaan elektronik.

Model tertinggi petrol 1.5 V menerima tambahan beg udara tirai dan kamera titik buta Honda LaneWatch.

Honda City Hatchback ditawarkan dengan lima pilihan warna termasuk dua warna baharu iaitu Ignite Red dan Meteorite Grey Metallic.

Tiga warna lagi adalah sama dengan versi sedan iaitu Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic.

BHonline-

Tags: HatchbackHonda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda Hadiah Civic Type R Kepada Yang Di-Pertuan Agong

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia telah menghadiahkan kereta Honda model Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd