• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hartal Doktor Kontrak 2.0 Ditunda

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sekretariat Hartal Doktor Kontrak (HDK) memaklumkan rancangan mereka untuk mengadakan Hartal 2.0 yang dijadualkan berlangsung hari ini ditunda seketika bagi menunggu penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, langkah itu dibuat selepas HDK mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 26 Nov yang menyatakan isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam tempoh dua minggu.

“Perlu diingatkan para doktor kontrak merupakan kumpulan penting dalam memastikan kesiapsiagaan pandemik berdepan Covid-19 yang masih belum selesai.

“Kegagalan mendatangkan penyelesaian konstruktif yang meyakinkan dan berkebajikan dengan kadar segera hanya menjemput eksodus #exitKKM besar-besaran, gelombang hartal yang kedua,” kata kumpulan itu.

Terdahulu, menerusi pembentangan Belanjawan 2022, Khairy berkata, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak 10,583 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dengan peruntukan RM336.35 juta.

Menurut Khairy daripada jumlah itu, 4,186 pegawai telah dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk lantikan tetap.

Selain itu melalui Belanjawan 2022 baru-baru ini juga, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan, kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak lebih 10,000 doktor, doktor gigi dan ahli farmasi untuk dua tahun lagi.

HDK menegaskan pengumuman pelanjutan kontrak dari dua kepada empat tahun seperti yang yang bentangkan dalam sidang Belanjawan 2022 tidak memberi keyakinan kukuh untuk doktor kontrak terbabit terus kekal dalam sektor awam.

Jelas gerakan itu, pelanjutan kontrak tanpa mengiktiraf kesaksamaan tugasan dan kestabilan perjawatan secara bertulis tidak lain hanya meneruskan legasi masalah yang dideritai tenaga perubatan khususnya dalam kalangan doktor kontrak.

“Pelanjutan kontang seperti ini adalah tidak sensitif terhadap situasi doktor kontrak muda negara, tidak boleh diterima meski sebagai solusi jangka masa pendek.

“Perkara sama turut terpalit kepada bukaan 3,000 tempat latihan kepakaran luluan khas (pegawai kontrak). Tanpa perincian kriteria penyerapan, ketelusan proses penyerapan, jumlah bukaan setiap tahun dan tempoh munasabah bagi melengkapkan latihan kepakaran, tawaran 3,000 tempat ini hakikatnya hanya mengulangi kesilapan lama skim lantikan kontrak,” kata kenyataan itu lagi.

-Malaysia Kini

Tags: Doktor KontrakHartal Doktor Kontrak 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Seramai 4,310 doktor kontrak meletak jawatan dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2023, dengan 924 orang meletak jawatan...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Doktor Kontrak Tak Mogok Hari Ini

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd