• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Diarah Turunkan Poster Hadi Awang

oleh Mohd Arshad
12/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : DAP diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan poster kempen pilihan raya mereka memaparkan suntingan gambar tiga pemimpin politik termasuk dua tersengih yang disifatkan sebagai kontroversi.

Poster itu menunjukkan gambar Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian yang telah disunting dengan kenyataan bahasa Melayu dan Cina berbunyi “Tolak Gabungan Pas Sarawak”.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa dari DAP, Michael Kong Fen Nian, menafikan bahan-bahan kempennya sebagai kontroversi kerana GPS dan Pas bersama-sama di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN)-Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan Persekutuan.

“Kelmarin kami diarahkan menurunkan papan iklan kami serta-merta, tetapi, bantahan kami kepada pihak berkuasa ialah kami memberikan mesej, kami tidak memanipulasi fakta.

“Kami cuma memberikan fakta kepada rakyat di seluruh Kuching bahawa GPS bersama Pas di peringkat Persekutuan apabila mereka membentuk kerajaan PN dan BN. Pun begitu, SPR tetap bertegas ia kontroversi.

“Apabila pihak berkuasa kata Abdul Hadi tidak bertanding dalam pilihan raya, jadi, wajahnya tidak patut berada di situ, tapi kami membantah kerana partinya sendiri bertanding di sini,” katanya di sini semalam.

Feng Nian berkata, terdapat tujuh poster sama diletakkan di sekitar Batu Kawa dan Padungan namun, telah diturunkan pagi semalam manakala satu poster di Kota Sentosa terpaksa digantikan dengan rekaan poster baharu. Pun begitu, beliau berkata, DAP tidak melanggar sebarang peraturan sepanjang perjalanan pilihan raya negeri.

“Kami akan menggunakan cara lain lain. Ini tidak kontroversi pun, ini fakta, kami tak menipu, jika GPS takut mereka bekerjasama dengan Pas, maka, nasihat saya mereka tak patut bersama Pas,” katanya.

Feng Nian akan berdepan saingan secara lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 bertemu calon daripada GPS-SUPP, Wilfred Yap Yau Sin; Parti Sarawak Bersatu (PSB), John Lau Pang Heng; Parti Bumi Kenyalang (PBK), Lue Cheng Hing dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Tan Kok Chiang.

Pas pula memutuskan bertanding di DUN Beting Maro, mempertaruhkan calon Mohammad Arifiriazul Paijo ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak bertanding dalam pilihan raya negeri.

-Utusan Online

Tags: DAPHadi AwangPoster DAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd