• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Cuti Umum Esok Akan Akibatkan Kita Kerugian RM400 Juta’

oleh Mohd Arshad
02/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming membidas keputusan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim yang mengumumkan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan mendapat cuti umum tambahan esok bagi meraikan kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia, Selasa lalu.

Katanya, tindakan Shahidan itu adalah populis tetapi tidak bertanggungjawab dari segi politik.

“Pengisytiharan cuti umum secara tiba-tiba ini mengganggu ekonomi dan sosial banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, memandangkan Kuala Lumpur adalah hab perkhidmatan kewangan, percutian secara tiba-tiba boleh menyebabkan kehilangan pengeluaran atau hasil jutaan ringgit yang tidak dirancang.

“Sesetengah syarikat mungkin perlu membayar lebih untuk kerja masa tambahan yang tidak dirancang untuk memastikan beberapa perkhidmatan teras mereka kekal dan berjalan semasa cuti umum ini.

“Secara kasar, cuti umum yang tidak dirancang ini boleh mengakibatkan kerugian sebanyak RM400 juta dalam pengeluaran yang hilang, sesuatu yang negara tidak mampu hadapi semasa kita pulih daripada wabak Covid-19,” kata Ong.

Menurutnya perniagaan yang perlu melakukan urusan dengan pejabat kerajaan pula terpaksa menangguhkannya, dan in mengakibatkan kehilangan masa dan produktiviti.

Selain itu, ahli parlimen DAP berkenaan berkata akan wujud juga gangguan sosial, seperti ibu bapa yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi bekerja di Selangor, yang terpaksa membuat urusan penjagaan anak secara tiba-tiba untuk anak-anak mereka yang tidak perlu ke sekolah.

“Mereka yang mempunyai kes yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat ini, juga akan mendapati tarikh perbicaraan mereka terpksa ditangguhkan dan kesannya, kes mahkamah lain turut terjejas dan terpaksa ditangguhkan,” tambahnya.

Semalam, menteri Umno itu berkata kemenangan itu adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.

Perlawanan itu menyaksikan KL City FC menewaskan Johor Darul Takzim FC, atau lebih dikenali sebagai JDT, 2-0.

-Malaysia Kini

Tags: kerugianwilayah cuti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

595 Kematian Akibat Covid-19 Di Terengganu Dalam Kalangan Tidak Divaksin

Next Post

Polis Terima Laporan Pengasuh Baling Bungkusan Pada Bayi

Related Posts

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

13/07/2024
0

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat...

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

10/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian hingga RM10 juta. Ikuti Mynewshub: Telegram Peguam mewakili...

Next Post

Polis Terima Laporan Pengasuh Baling Bungkusan Pada Bayi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd