• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Ambil Tindakan Drastik Jika Taiwan Desak Kemerdekaan

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : China akan mengambil langkah drastik jika Taiwan bergerak ke arah mencapai kemerdekaan, seorang pegawai Beijing memberi amaran pada Rabu.

Pegawai itu turut menyatakan sebarang provokasi Taiwan dan campur tangan luar boleh meningkat tahun depan.

China mendakwa Taiwan ditadbir secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri.

Bagaimanapun dalam tempoh dua tahun lalu tekanan ketenteraan dan diplomatik meningkat dalam tuntutan kedaulatan Taiwan, menyemarak kemarahan di Taipei dan kebimbangan di Washington.

“China bersedia mencuba sedaya upaya untuk mencari penyatuan semula secara aman dengan Taiwan namun akan bertindak jika mana-mana pihak melampaui batas dalam isu kemerdekaan,” kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang dalam taklimat media.

“Jika pasukan pemisah di Taiwan yang mahukan kemerdekaan membuat provokasi, menggunakan kekerasan atau melampaui batas, kami perlu mengambil langkah drastik,” kata Xiaoguang.

Taiwan muncul sebagai faktor utama dalam hubungan tegang antara China dan Amerika Syarikat (AS), penyokong antarabangsa dan pembekal senjata paling penting di pulau itu walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi.

China sering kali menyifatkan pulau itu sebagai isu paling sensitif dalam hubungannya dengan AS.

Xiaoguang berkata provokasi oleh pasukan prokemerdekaan dan campur tangan luar boleh menjadi lebih serius dan lebih sengit untuk beberapa bulan akan datang.

“Tahun depan, keadaan Selat Taiwan akan menjadi lebih kompleks dan teruk,” katanya.

Beijing beberapa kali menghantar misi udara ke Selat Taiwan dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi memberi tekanan kepada Taiwan. Bagaimanapun, itu bukan satu ancaman kepada Taiwan.

Kerajaan Republik China melarikan diri ke Taiwan pada 1949 selepas kalah dalam perang saudara dengan komunis yang kemudiannya menubuhkan Republik Rakyat China.

-Berita Harian

Tags: Chinakemerdekaantaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd