• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon GPS Bimbang Peratusan Keluar Mengundi Rendah

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Calon muda Gabungan Parti Sarawak (GPS) melahirkan kebimbangan dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang dijangka rendah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.

Calon termuda parti itu, Azizul Annuar Adenan, 30, berkata kekangan pengangkutan dan logistik selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dijangka memberi kesan kepada peratusan keluar mengundi seperti yang berlaku pada PRN Melaka baru-baru ini.

“Saya memang menjangkakan (peratusan keluar mengundi rendah) kerana kita lihat pada PRN Melaka baru-baru ini, di mana peratusan keluar mengundi amat rendah sekali.

“Saya menjangkakan (perkara sama) akan turut berlaku di Sarawak lebih-lebih lagi negeri ini berdepan kekangan logistik, pengangkutan dan pelaksanaan SOP,” katanya kepada BH.

Biarpun berdepan kebimbangan itu, anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu menegaskan, GPS akan menggunakan semua jentera parti untuk memberi keyakinan dan membawa pengundi keluar mengundi pada hari berkenaan.

Beliau turut berharap, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat membantu memastikan pengundi keluar mengundi pada hari pengundian kelak.

Sementara itu, calon GPS Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, turut menyuarakan kebimbangan sama terutama membabitkan faktor banjir akibat musim tengkujuh ketika ini.

“Secara umumnya, pengundi di DUN Lingga yakin untuk keluar mengundi kerana mereka ingin bersama terbabit dalam proses demokrasi namun apa yang membimbangkan adalah faktor lain seperti hujan dan masalah banjir.

“Itu yang kami cuba selesaikan kerana kami mahu semua pengundi dapat keluar pada hari pengundian. Jentera parti juga sudah bersedia membantu membawa pengundi keluar pada hari berkenaan,” katanya.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini dilaporkan menyasarkan 70 peratus keluar mengundi pada PRN Sarawak Ke-12, 18 Disember ini.

-Berita Harian

Tags: GPSPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

i-Citra KWSP: PM Bincang Dengan Menteri Kewangan – Asyraf Wajdi

Next Post

97.2 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

Related Posts

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

16/12/2022
0

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

97.2 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd