• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: BN Tetap Pendirian Bergerak Sendirian

oleh Cj Mnh
19/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tetap dengan pendirian untuk bergerak sendirian dan tidak mahu terikat dengan mana-mana parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata ini kerana kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 itu mestilah kerajaan yang mendapat majoriti besar sekali gus membawa kepada kestabilan politik selain berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang tidak mahu kerjasama dengan parti lain.

“Jelas sekali UMNO ambil jalan untuk kita berseorangan (PRU15) dan tidak lagi terikat mana-mana parti, kita tidak mahu sebarang ikatan yang boleh mengekang tetapi apa jua rundingan atau ikatan adalah selepas PRU15.

Kalau parti tidak boleh buat maka elok difikirkan bersama atau membuat ikatan dengan parti yang boleh dijadikan rakan kongsi untuk bina kerajaan yang kuat, itu juga antara usul dicadangkan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau tadi,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Ditanya sama ada soal kedudukan Perdana Menteri (PM) dibincangkan dalam persidangan itu, Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau berkata tiada sebarang usul mengenai kedudukan PM dibangkitkan selain meletakkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti.

“Tak ada apa-apa perbincangan, tidak timbul soal sokong atau tidak sokong PM, kita ikut keputusan Majlis Tertinggi tempoh hari, kita beri mandat kepada lima orang kepimpinan tertinggi parti, namun terpulang kepada Bahagian masing-masing (usul kedudukan PM), kita tidak berikan apa-apa guideline (garis panduan),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata perkara berkaitan pemilihan parti sama ada diadakan sebelum atau selepas PRU-15 akan turut diputuskan selepas perbincangan bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO terlebih dahulu.

– Bernama

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan

02/02/2026
0

SEPANG: Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan dan gangguan perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd