• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Orang Tengah RM500 Untuk Hantar Rokok Seludup

oleh Mohd Arshad
11/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lahad Datu : Sindiket pengedaran rokok seludup dikesan menggunakan taktik baharu dengan orang ketiga sebagai penghantar barang merentasi daerah.

Pihak berkuasa juga mengesan penggunaan nombor pendaftaran kenderaan palsu oleh sindiket itu semata-mata untuk mengelak daripada ditangkap.

Namun, taktik itu terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan kereta Proton Waja yang melalui Kampung Baburamah, di sini dalam Op Kontraban pada 12.30 tengah hari semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, kenderaan itu dipandu lelaki 42 tahun yang didakwa membawa rokok seludup dari Batu 4, Tawau ke Segama, di sini.

“Suspek mengaku itu adalah penghantaran kedua dibuatnya dengan bayaran RM500 bagi setiap perjalanan.

“Hasil pemeriksaan, pasukan menemui 250 karton dan 175 rokok jenama Astro Filter King serta Astro Menthol bersama 400 karton lagi jenama LA Menthol dan Menara Dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rani berkata, dalam soal siasat, suspek mengaku telah dihubungi lelaki bernama Jan yang memintanya mengambil Proton Waja berisi rokok itu untuk dihantar ke Lahad Datu.

“Rokok dan kenderaan yang dirampas dianggar bernilai RM45,000 dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Harian Metro

Tags: orang tengahRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ismail Sabri Mahu Sokongan UMNO Sebagai PM Untuk Selesai Isu Rakyat

Next Post

Perlukan 14,000 Penderma Setiap Bulan

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Next Post

Perlukan 14,000 Penderma Setiap Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd