• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Persiaran Rempuh Tiga Kereta, 2 Cedera

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Dua pemandu cedera apabila kenderaan mereka dirempuh bas persiaran dalam kemalangan di Kilometer 37 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan susur Datuk Onn di sini, pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Samsul Khomari Bakar berkata, kejadian pada 9 pagi itu membabitkan sebuah bas persiaran dan tiga kenderaan.

Menurutnya, mangsa yang cedera ialah pemandu Proton Saga, Ramy Bidin, 38, dan pemandu BMW, Helmi Mohamed, 47.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas persiaran melanggar tiga buah kereta dan mengakibatkan dua orang mangsa mengalami kecederaan.

“Ketika kejadian tiada penumpang dalam bas persiaran terbabit.

“Mangsa pemandu Proton Saga tersepit di bahagian kaki, namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu BMW juga dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaannya dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Menurut Samsul Khomari, pemandu bas persiaran itu dan sebuah lagi kereta tidak mengalami kecederaan.

-Harian Metro

Tags: Bas Persiarankemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd