• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas RM1,000 Penjawat Awam Perak

oleh Mohd Arshad
10/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Kerajaan Perak mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan RM1,000 untuk penjawat awam bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembayaran itu akan dibuat seawal Januari tahun depan.

“Selepas dua tahun mengharungi kehidupan bersama COVID-19, penjawat awam di negeri ini tetap teguh dan komited sebagai pelaksana dalam memberi khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat.

“Sebagai tanda penghargaan, kerajaan negeri mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM1,000. Pembayaran akan dibuat seawal Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Saarani berkata, bagi meningkatkan kemudahan kepada penjawat di bawah pentadbiran kerajaan negeri, tambahan RM1 juta disediakan untuk Kumpulan Wang Pendahuluan Membeli Kenderaan.

“Tambahan dana RM1 juta juga disediakan untuk Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam),” katanya.

Beliau berkata, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperuntukkan sebanyak RM300,000 merangkumi RM100,000 dalam bentuk ‘Outright Grant’ (OG) dan RM200,000 bagi projek kecil untuk masyarakat melalui Program Pemantapan Infrastruktur Bagi Memacu Kesejahteraan (PEMACU).

“Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ditambah RM200,000 lagi iaitu RM100,000 dalam bentuk OG dan RM100,000 bagi kerja pembangunan untuk manfaat rakyat dan boleh dibelanjakan merentasi kawasan DUN masing-masing,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Penjawat AwamPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd