• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Monsun Timur Laut Belum Berlaku, Semua Agensi Perlu Bersedia

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Banjir yang diramal akan dibawa hujan lebat Monsun Timur Laut ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung masih belum berlaku lagi, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang.

Justeru katanya semua agensi perlu bersiap-bersedia untuk kemungkinan berhadapan insiden banjir yang lebih buruk.

Ekoran itu katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah membuat persediaan awal untuk menggerakkan operasi bagi mendepani sebarang kemungkinan yang bakal berlaku

“Kami lebih bersedia, maknanya benda ini kita sudah tahu apa hendak jadi, semuanya sudah diletakkan dalam keadaan siap siaga.

“Tetapi ingin saya ingatkan banjir ini tidak seteruk yang akan sampai. Monsun (Timur Laut) belum sampai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya.

Menurut Affendi, empat negeri itu adalah kawasan tradisi banjir Monsun Timur Laut.

“Benda (Monsun Timur Laut) ini belum terjadi lagi. Semua anggota kita sudah bersedia di negeri berkenaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Ekoran itu beliau meminta semua pihak untuk berhenti menuding jari dan bersedia untuk menhadapi bencana ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, berdasarkan situasi semasa, pasukan penguatkuasa itu memberi tumpuan kepada Pahang yang pada ketika ini menunjukkan peningkatan lokasi dan mangsa banjir yang terlibat.

“Di Pahang buat masa kini dengan jumlah mangsa seramai 38,399 orang.

“Sembilan kawasan yang melibatkan atur gerak ATM adalah di Maran, Kuantan, Raub, Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Pekan, Bentong dan Bera. Setiap aturgerak melibatkan 16 pegawai dan 206 anggota,” katanya.

Affendi berkata, bagi Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka buat masa kini, keadaan masih terkawal.

Walau bagaimanapun, katanya, ATM sentiasa bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan siap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

“Saya tegaskan di sini, ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekunder yang merupakan antara peranan yang kita laksanakan selain dari memikul tugas utama menjaga kedaulatan tanah air,” katanya lagi.

Awani-

Tags: ATMBanjirmonsun timur laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd