• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Keluar WARISAN Tidak Mengejutkan – Shafie Apdal

oleh Mohd Arshad
29/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony keluar dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi menubuhkan parti tempatan pelbagai kaum dijangka memecah-belahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata tindakan Anthony keluar dari parti juga bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Saya bersimpati kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan hasratnya berikutan kes mahkamah yang dihadapinya.

“Keputusan Peter (Anthony) untuk menubuhkan sebuah lagi parti pelbagai kaum yang bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memecah-belahkan lagi rakyat Sabah dan masyarakat di pedalaman.

“Tindakan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim, juga mendukacitakan kerana terpengaruh dengan Peter (Anthony) yang menyebabkannya mengambil keputusan tergesa-gesa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie menyifatkan hasrat Anthony menubuhkan parti baharu tempatan pelbagai kaum bercanggah dengan tindakannya ingin menyertai kerajaan negeri yang terdiri daripada parti nasional.

“Dalam sidang media, Peter (Anthony) berkata sesebuah negeri patut ditadbir oleh parti politik setempat menurut negeri masing-masing.

“Bagaimanapun ini bercanggah dengan tindakannya untuk menyertai GRS yang terdiri daripada parti nasional dan parti tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menafikan kenyataan Anthony yang menyatakan parti WARISAN telah jauh tersasar dari perjuangan asal apabila melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

“Sejak ditubuhkan, WARISAN lantang bersuara memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sehinggalah pindaan Perlembagaan dilaksanakan baru-baru ini untuk mengembalikan status sebagai rakan sekutu Semenanjung.

“Alasan untuk keluar parti kerana WARISAN tersasar dari perjuangan asal hanya kerana melebarkan sayap ke Semenanjung, adalah tidak benar.

“Ini kerana pada mesyuarat Majlis Tertinggi sebelum ini dan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (2020) pada 12 Disember lalu, seluruh ahli majlis tertinggi dan ahli parti menyokong penuh langkah itu pada perhimpunan itu.

“Keputusan untuk melebarkan WARISAN ke Semenanjung adalah satu langkah untuk menawarkan satu lagi pilihan kepada semua pengundi di Malaysia,” katanya.

Semalam, media melaporkan Anthony mengumumkan keluar dari parti WARISAN bagi menubuhkan sebuah parti baharu tempatan.

Katanya, parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah sebuah parti mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan menyokong kerajaan negeri.

Anthony dan Juil adalah ADUN WARISAN seterusnya yang keluar dari parti selepas ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

-Berita Harian

Tags: Peter Anthonywarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Lantik Peguam Urus Tuntutan Bayaran Air

Next Post

Sarawak Tidak Benarkan Aktiviti Sambutan Tahun Baharu

Related Posts

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

Peter Anthony, Bekas Menteri Sabah Masuk Penjara Mulai Hari Ini

04/03/2025
3

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan...

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Next Post

Sarawak Tidak Benarkan Aktiviti Sambutan Tahun Baharu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd