• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali diberi mandat untuk mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Istiadat Angkat Sumpah Pengerusi GPS itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri, di sini.

Abang Johari, 71, yang lengkap berbaju Melayu hitam dan bersongkok mengangkat sumpah jawatan pada pukul 10.42 malam.

Beliau sebelum itu tiba di Astana Negeri pada pukul 10.04 malam diiringi isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut hadir pada Istiadat Angkat Sumpah ialah dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Setakat 8.45 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GPS memenangi 45 daripada 82 kerusi pada PRN12 Sarawak.

Abang Johari menang dengan majoriti 3,607 undi di kerusi DUN Gedong, meninggalkan jauh tiga pencabarnya.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini hanya memperoleh 703 undi; Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang (157), manakala calon Amanah Kamal Bujang mendapat 94 undi.

Sebelum ini beliau merupakan ADUN Satok selama sembilan penggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg.

Pada 13 Januari 2017, beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Abang Johari yang dilahirkan di Limbang berkelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti United Kingdom.

Presiden PBB itu memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Juma’ani.

Awani-

Tags: abang johariPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GPS Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

Next Post

Paras Air 14 Sungai Di Selangor Pada Tahap Bahaya

Related Posts

Gaji Konstabel Polis Bawah Paras Minimum RM1,500

Waspada Ancaman Penyakit X : Abang Johari

07/10/2023
0

KUCHING: Semua pihak perlu berjaga-jaga bagi menghadapi ancaman kesihatan baharu yang berupaya menjadi pandemik dikenali sebagai penyakit X. Premier Sarawak,...

Sarawak Akan Tetap Guna RM – Abang Johari

Sarawak Akan Tetap Guna RM – Abang Johari

02/09/2023
0

KUCHING : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata Sarawak tidak akan menggunakan mata wang sendiri, sebaliknya tetap...

Next Post

Paras Air 14 Sungai Di Selangor Pada Tahap Bahaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd