• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Jo Mahu Perkhidmatan Awam Longgar Kerenah Birokrasi

oleh Mohd Arshad
21/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Tan Sri Abang Johari Abang Openg mahu perkhidmatan awam Sarawak melonggarkan kerenah birokrasi serta mengkaji semula prosedur sistem penyampaian khususnya dalam pelaksanaan projek pembangunan.

Ketua Menteri Sarawak berkata, banyak prosedur dalam sistem penyampaian kini sudah lapuk dan perlu diteliti untuk diubah bagi memudahkan pelaksanaan projek yang amat diperlukan rakyat.

Justeru, beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua pada malam 18 Disember lalu, mahu pembaharuan prosedur sistem penyampaian perkhidmatan awam diberi perhatian utama dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Perkara ini harus diberi perhatian khusus kerana saya mahu perkhidmatan awam bergerak lebih pantas. Apa yang berlaku sekarang ini banyak projek pembangunan untuk rakyat berjalan agak perlahan hanya disebabkan kerenah birokrasi serta prosedur yang sepatutnya tidak lagi diguna pakai,” katanya.

Abang Johari berucap pada majlis sambutan hari pertama beliau memasuki pejabat di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion; Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Amir Omar dan Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid.

Katanya, pada PRN-12 Sabtu lalu, ramai yang mempersoalkan projek pembangunan untuk rakyat yang terlalu perlahan pelaksanaannya malah ada yang tergendala.

“Projek jambatan di Marudi misalnya, kita (kerajaan negeri) sudah memutuskan pembinaannya dan kontraktor sudah mahu memulakan kerja, tetapi ada lagi prosedur yang menghalang pelaksanaan projek itu,” katanya.

Mengenai kejayaan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN-12, Abang Johari berkata, beliau tidak menyangka mereka mampu memenangi 76 kerusi kerana sasaran awal hanya antara 68 hingga 72 kerusi.

“Ini menunjukkan rakyat menerima dasar yang saya ketengahkan khususnya sasaran untuk mencapai status negeri maju pada 2030. Rakyat mahu kestabilan politik dan juga memahami bahawa Sarawak harus memiliki kedudukan sendiri mengikut Perjanjian Malaysia 1963, bukannya keluar dari Persekutuan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberi bayangan Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan kekal sebagai orang nombor dua dalam Kabinet Sarawak baharu yang akan dibentuk nanti apabila menyebut Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam ucapannya.

“Tak apa, kita sebut sahaja beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri, walaupun belum mengangkat sumpah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: abang jokerenah birokrasisarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd