• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Jo Dijangka Menang Dengan Majoriti Lebih 4,000

oleh Mohd Arshad
07/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEDONG : Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti lebih besar melalui pencalonan pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais, berkata pihaknya menjangkakan majoriti yang mampu diraih Abang Johari antara 4,000 ke 5,000 undi.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016, ada lebih 7,087 pemilih di sini dan saya menang dengan majoriti 3,365 selepas meraih 4,064 undi.

“Jumlah pemilih kali ini ialah 7,208 dan kita yakin akan dapat majoriti lebih besar antara 4,000 ke 5,000 undi. Keyakinan ini bersandarkan semangat jentera parti di peringkat cawangan, zon dan ranting,” katanya kepada BH hari ini.

Pada PRN kali ini, Abang Johari berpindah dari DUN Satok yang dipertahankan selama 40 tahun berturut-turut ke DUN Gedong yang merupakan kerusi luar bandar.

Mohd Naroden yang juga bekas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan negeri memberi laluan kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu bagi membolehkan pembangunan di kawasan luar bandar dipercepatkan.

Sementara itu, Mohd Naroden berikrar untuk terus membantu Abang Johari walaupun sudah tidak mewakili DUN Gedong demi memastikan rancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, persefahaman itu dicapai antara beliau dan Abang Johari serta dipersetujui pemimpin parti di peringkat akar umbi.

“Walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi saya atas kapasiti berbeza akan membantu beliau untuk menyelaras pembangunan di DUN Gedong.

“Saya akan menjadi perantara di antara penduduk dengan beliau dan jika ada masalah, permintaan dan keperluan, penduduk Gedong boleh berjumpa saya dan luahan mereka akan dibawa kepada Ketua Menteri,” katanya.

Ditanya mengenai jangkaan prestasi GPS pada PRN kali ini, Mohd Naroden yang juga Penolong Bendahari PBB, berharap pihaknya dapat meraih kemenangan dua pertiga.

Katanya, PBB umpamanya dilihat tidak bermasalah untuk menang di kesemua 47 kerusi ditandingi, begitu juga Parti Rakyat Sarawak (PRS) 11 kerusi dan Parti Demokratik Progresif (PDP) di enam kerusi.

“Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang bertanding di 18 kerusi saya tak pasti kerana mereka bertanding di kawasan bandar di mana DAP masih kuat.

“Saya harap daripada 82 kerusi di seluruh Sarawak, GPS dapat menang dua pertiga iaitu majoriti yang kuat sekali gus membentuk kerajaan yang stabil.

“Ini memudahkan proses penggubalan undang-undang baharu bagi membantu usaha mempertahankan hak Sarawak dan anak negeri dengan berkesan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: abang jomajoritiPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Terus Diberi Bantuan Langsung Ketika Pandemik

Next Post

Puad: Sanusi MB Kedah Paling Loklak – Dulu, Kini Dan Selamanya

Related Posts

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

15/01/2025
0

KOTA SAMARAHAN : Premier Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini sebagai maklum balas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri...

PH-BN Peroleh Majoriti Di Pulau Pinang, PN Kekal Di Kedah – SPR

PH-BN Peroleh Majoriti Di Pulau Pinang, PN Kekal Di Kedah – SPR

12/08/2023
0

PUTRAJAYA : Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh kerusi majoriti dengan memenangi 21 daripada 40 kerusi...

Next Post

Puad: Sanusi MB Kedah Paling Loklak - Dulu, Kini Dan Selamanya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd