• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

81 Kes Nahas Jalan Raya Babitkan Lembu Dicatat Di Gua Musang Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Lembu yang dilepaskan berkeliaran oleh penternak berhampiran jalan raya hingga mengundang nahas melibatkan haiwan itu semakin meningkat di daerah Gua Musang.

Sebanyak 81 kes nahas jalan raya direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dalam tempoh 11 bulan tahun ini membabitkan ternakan lembu yang berkeliaran.

Ketua Polis Daerah Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu banyak membabitkan Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran kawasan Chiku dan Paloh.

Katanya, sepanjang tempoh itu kekerapan dari 3 hingga 10 kes sebulan lembu dilanggar kenderaan dicatatkan.

“Bagi penternak lembu di daerah Gua Musang terutamanya di kawasan Chiku, Paloh, pihak polis ingin memberi nasihat kepada penternak-penternah supaya lebih bertanggungjawab dan mengurung ternakan masing-masing di kawasan yang sepatutnya.

“Jangan biarkan haiwan ternakan ini berkeliaran di atas jalan raya, ia bukan sahaja melibatkan nahas kepada pengguna jalan raya yang lain malah ia akan menyebabkan kemungkinan besar meragut nyawa dan di samping itu juga kerugian kepada penternak itu sendiri,” katanya.

Tambah Choon Foo, penternak yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran boleh dikenakan kompaun di bawah undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

-Awani

Tags: Gua MusangLembunahas jalan raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

Sorok Dadah Dalam Rahim Lembu Betina Untuk Lolos Sempadan Malaysia-Thailand

21/07/2025
0

RANTAU PANJANG: Sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand kini menggunakan taktik semakin licik termasuk menyeludup dadah menggunakan...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd