• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pemberontak Maut Di Kashmir

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRINAGAR: Tentera kerajaan India di Kashmir membunuh enam suspek pemberontak dalam dua serangan, kata polis hari ini.

Sejak lebih tiga dekad lalu, kumpulan pemberontak menentang tentera India dan mahukan kebebasan Kashmir atau bergabung dengan Pakistan, malah sudah menguasai wilayah itu sejak selepas kemerdekaan lagi.

Kata polis, enam yang terbunuh dia dua kampung yang dikuasai kumpulan Jaish-e-Mohammad termasuk dua warga Pakistan.

Dalam kejadian itu, penguat kuasa undang-undang memberitahu AFP bahawa dua tentera dan seorang polis turut cedera.

Sejak Ogos 2019, pihak kerajaan menyatakan sekurang-kurangnya 380 militan, hampir 100 orang awam dan lebih 80 tentera terbunuh di wilayah itu.

Ia susulan New Delhi membatalkan kuasa autonomi terhad negeri itu dan meletakkannya di bawa pemerintah langsung kerajaan, sekali gus menambah kemarahan penduduk tempatan serta sokongan kepada pihak militan.

Menurut portal Keganasan Asia Selatan, tahun ini saja kematian meningkat kepada 264 orang, berbanding 321 maut pada tahun lalu.

Polis berkata, dengan operasi ketenteraan yang diperhebatkan terhadap pemberontak, bilangan pejuang tempatan susut kepada kurang 100 orang buat kali pertama dalam sedekad.

Ketua polis tempatan, Vijay Kumar, memberitahu akhbar Economic Times minggu ini bahawa kira-kira 70 peratus daripada golongan muda yang menyertai kumpulan militan tahun ini ‘sama ada dibunuh atau ditangkap’.

Kebanyakan mereka yang ditangkap ditahan di bawah undang-undang antikeganasan yang dipanggil Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA).

Undang-undang membenarkan seseorang ditahan selama enam bulan tanpa didakwa dan hampir mustahil diikat jamin.

Salah seorang daripada mereka yang berada dalam tahanan sejak November ialah Khurram Parvez, seorang penyelaras program untuk kumpulan hak yang dihormati, Gabungan Masyarakat Sivil Jammu Kashmir (JKCCS).

Pada 1 Disember, Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengkritik penangkapan itu dan menyatakan UAPA ‘menimbulkan kebimbangan serius berkaitan hak mereka yang tidak bersalah dan proses undang-undang yang wajar serta hak perbicaraan yang adil’.

BHonline-

Tags: Kashmirpemberontak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir Di 61 PPS Lima Negeri

Next Post

Polis Tumpas Kegiatan Bitcoin RM3.5 Juta

Related Posts

Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara

Pemberontak Masuk Damsyik, Presiden Bashar Tinggalkan Ibu Negara

08/12/2024
0

DAMSYIK: Presiden Syria Bashar al-Assad menaiki pesawat dan meninggalkan Damsyik ke destinasi yang tidak diketahui pada Ahad, kata dua pegawai...

Mahkamah Agung India Kekalkan Keputusan Tamatkan Autonomi Kashmir

Mahkamah Agung India Kekalkan Keputusan Tamatkan Autonomi Kashmir

11/12/2023
0

NEW DELHI: Mahkamah Agung India hari ini mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di...

Next Post

Polis Tumpas Kegiatan Bitcoin RM3.5 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd