• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,485 Petugas Bantuan PRN Sarawak

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Seramai 1,485 petugas bantuan terdiri daripada pegawai dan anggota polis ditempatkan di 11 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, Sabtu ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak Senior Asisten Komisioner Gilberd Philip Layang berkata, daripada jumlah itu, 827 adalah anggota dari Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak.

“Terdapat juga petugas bantuan dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching iaitu 270 anggota, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak (230) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 (116).

“Selain itu, 22 anggota dari IPK Sabah yang ditempatkan di IPD Lawas, manakala selebihnya adalah bantuan dari daerah-daerah kontinjen Sarawak,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan pelepasan petugas bantuan ke 11 IPD membabitkan Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Betong, Saratok, Mukah, Meradong dan Serian di IPK Sarawak, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Gilberd mengingatkan pegawai dan anggota bertugas supaya menjaga imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melaksanakan tugas dengan baik.

“Sebagai anggota penguatkuasa, kita perlu menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga displin semasa bertugas menjaga keselamatan awam.

“Adalah penting untuk kita menjaga imej polis dengan dalam melakukan penugasan dengan memastikan kelancaran proses demokrasi nanti (hari penggundian) berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, pegawai dan anggota bertugas berdepan lebih kesukaran semasa menjalankan penugasan nanti akibat pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, tugas utama kita adalah untuk menjaga keselamatan awam dengan memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Namun kini, kita juga perlu memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain SOP ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Justeru itu, saya mengingatkan kepada semua (pegawai dan anggota polis bertugas) supaya turut sama menjaga kesihatan diri bagi memastikan kita dalam keadaan baik sebelum dan selepas menjalankan tugas,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Petugas BantuanPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Ezanee Dilantik Sebagai ADC PM Berkuat Kuasa Hari Ini

Next Post

Omicron: Kanak-Kanak 8 Tahun Kes Pertama

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Omicron: Kanak-Kanak 8 Tahun Kes Pertama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd