• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percepat PRU-15 Selesai Kemelut Politik – Warisan

oleh Cj Mnh
29/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) melihat langkah menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mampu menyelesaikan kemelut politik di negara ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pilihan raya perlu diadakan segera untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dicuri selepas PRU yang lalu.

Beliau berkata, negara luar seperti Kanada dan New Zealand juga boleh mengadakan pilihan raya. Malah, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Melaka juga boleh diadakan.

“Jadi, mengapa di negara kita tidak boleh diadakan (PRU) untuk selesaikan kemelut dan ketidakstabilan di negara ini.

“Bukan saya cakap setuju tapi, saya yakin untuk menyelesaikan kemelut dan demi kestabilan yang ada, pilihan raya perlu diadakan. Sekarang ini bukan stabil, apa-apa boleh berlaku di Parlimen. Mandat rakyat tidak ada, mandat yang ada pula dicuri,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Warisan Bahagian Putatan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membincangkan tarikh bagi menyegerakan pelaksanaan PRU-15.

Ahli Parlimen Semporna berkata, biarpun ada memorandum yang bersetuju Parlimen tidak akan dibubarkan sehingga Julai 2022 namun, memorandum itu bukanlah perjanjian yang termaktub dalam perlembagaan.

Maka, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan kerajaan memerintah hari ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaannya.

“Sebetulnya ini tanggungjawab Perdana Menteri dan bukan tanggungjawab mereka yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), jadi terserah kepada mereka.

“MoU hanya sekadar memorandum kerana ada sesetengah perkara dalam memorandum tidak ditunaikan sama seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang merupakan satu perjanjian, itu pun tidak ditunaikan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Warisan sentiasa bersedia menghadapi PRU-15 kerana jentera parti baharu sahaja menghadapi PRN Sabah.

“Sekiranya PRU diumumkan, kita tidak perlu risau mengenainya kerana kita sudah mempunyai persediaan sejak dari awal,” katanya.

Menerusi MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) pada 14 September lalu, kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Walau bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menyatakan tarikh PRU-15 masih boleh dirunding kerana MoU antara kerajaan dan PH bukan kitab suci untuk tidak membenarkan PRU diadakan sebelum Julai 2022.-UTUSAN ONLINE

BACA – Amanah Buat ‘Flash Mob’, Gesa K’jaan Tangani Kenaikan Harga Barang

Tags: PRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 1,400 Doktor Kontrak Letak Jawatan

Next Post

‘Kerana Darurat Era Muhyiddin, Prestasi Ekonomi Negara Buruk Berbanding Negara Jiran’

Related Posts

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

Pemimpin BERSATU Gesa SPRM Siasat Perbelanjaan Mewah PH, BN Semasa PRU15

07/02/2023
0

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat perbelanjaan mewah oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semasa...

Next Post

'Kerana Darurat Era Muhyiddin, Prestasi Ekonomi Negara Buruk Berbanding Negara Jiran'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd