• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warganegara Asing Langgar SOP COVID-19 Boleh Diusir

oleh Mohd Arshad
18/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi-agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebelakangan ini, tular dalam media sosial isu warganegara asing yang melanggar SOP pencegahan COVID-19, malahan terdapat antara mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Sebelum ini, hangat isu seorang wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka dan naik berang selepas tidak dibenarkan memasuki sebuah premis butik mewah di pusat beli-belah Suria KLCC, bulan lepas.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di Taman KLCC baru-baru ini.

Langgar SOP | ‘Karen’ dikompaun RM3,000

Awani-

Tags: SOP COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOP Covid-19 Di PPS Kekal – Zaliha

SOP Covid-19 Di PPS Kekal – Zaliha

09/12/2023
0

SEGAMAT : Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan dan mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama di semua Pusat Pemindahan Sementara...

“Bila Di Malaysia, Ikut SOP Ditetapkan” – KJ

28/10/2021
0

PUTRAJAYA - Pelancong asing yang berada di negara ini perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd