• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Vellfire Kereta Rasmi Menteri? Tanyalah Atok Dan Abah Kau

oleh Mohd Arshad
04/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak April 2021, menteri persekutuan telah menggunakan kereta Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi, dengan kos bulanan RM5,759.35, dedah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM1.42 juta kepada pemegang konsesi setakat September 2021, tambahnya.

“Kerajaan memulakan proses menggantikan kenderaan rasmi menteri persekutuan daripada model Proton Perdana 2.4L kepada model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021.

“Kerajaan membayar pajakan bulanan sebanyak RM5,759.35 untuk Toyota Vellfire. Kos pajakan bulanan terdiri daripada RM4,851.61 untuk kos sewa bulanan dan RM907.74 untuk kos penyelenggaraan,” kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 2 Nov kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang telah bertanya kos memajak Toyota Vellfire sebagai kereta rasmi menteri persekutuan.

Sebelum ini pada Disember 2019, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah mempertimbangkan untuk menukar kenderaan rasmi menteri persekutuan daripada Proton Perdana kepada Toyota Vellfire.

Mereka kemudian membuat keputusan menentangnya selepas syarikat yang dilantik untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan mengesahkan terdapat bekalan Perdana yang mencukupi untuk digunakan.

Pada masa itu, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak telah mengecam PH kerana mengubah fikiran mereka selepas mendapat bantahan orang ramai.

“Sebelum dikecam, Proton Perdana tak ada stok kerana tiada lagi dalam pasaran. Sebab itu, PH terpaksa pilih Vellfire. (eh.. X70 kan ada?)

“Selepas dikecam, kerajaan PH kekalkan Proton Perdana sebagai kereta rasmi walaupun tiada lagi dalam pasaran.

“Tak payah nak belit-belit lagi. Senang cerita. Gunalah kereta terbang nasional jika Proton Perdana benar-benar tidak dikeluarkan lagi. Support kereta terbang nasional,” sindir Najib ketika itu.

Projek ‘kereta terbang’ merujuk kepada inisiatif yang diperkenalkan oleh menteri pembangunan usahawan ketika itu Redzuan Yusof yang telah mendapat kecaman orang ramai.

Selepas pendedahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah beralih kepada kereta Toyota Vellfire, Najib sekali lagi tular di media sosial selepas dipertikai oleh seorang netizen.

Netizen itu menegaskan Najib pernah mengkritik PH sebelum ini kerana mahu menukar kereta rasmi menteri kepada Toyota Vellfire.

Dia kemudiannya secara sinis bertanya sama ada bekas perdana menteri itu ingin mengadu tentang isu ini juga.

Sebagai respons, Najib hari ini berkata bahawa keputusan berkaitan menukar kenderaan rasmi menteri persekutuan kepada Toyota Vellfire tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Kenapa salah Najib pula? Yang cadang Vellfire untuk ,enteri pada bulan Januari 2020, kerajaan PM7 (Dr Mahathir Mohamad).

“Yang akhirnya mula ganti dengan Vellfire pada bulan April 2021 semasa Darurat dan tak ada parlimen, kerajaan PM8. (Muhyiddin Yassin).

“Nak tanya, tanyalah pada ‘Atok’ dengan ‘Abah’ kau,” kata ahli parlimen Pekan itu.

‘Atok’ dipercayai merujuk kepada Mahathir, sementara ‘Abah’ merupakan gelaran yang pernah dikaitkan dengan Muhyiddin ketika menjadi perdana menteri.

Najib juga menegaskan bahawa pada April 2021, Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan tidak mempunyai banyak wang selepas memperuntukkan RM600 bilion untuk Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan. -MALAYSIAKINI

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakvellfire
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Individu Dan Pasukan Dimaksudkan TMJ?

Next Post

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd