• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

Beliau berkata banyak peruntukan dalam belanjawan itu boleh dikurangkan sekali gus beban hutang negara pada masa depan menjadi lebih ringan.

“Saya sedar wang yang banyak diperlukan bagi mengatasi krisis yang dihadapi oleh negara tetapi pada masa yang sama, kerajaan perlu berhati-hati supaya perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan beban hutang tidak dihempas ke atas belakang generasi akan datang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan dalam bidang pendidikan, pertanian dan telekomunikasi dengan menggunakan teknologi baharu serta penswastaan.

Dr Mahathir memberi contoh selepas sektor telekomunikasi diswastakan, kerajaan mengambil alih teknologi terkini yang akan memerlukan berbilion ringgit untuk dibekal kepada pelanggan.

“Apa perlunya kerajaan terlibat dalam khidmat ini. Tentulah lebih baik diserah kepada syarikat telekomunikasi yang sekian lama membekalkan sistem komunikasi dalam negara,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mencadangkan kerajaan agar mempertimbang pelaksanaan cukai kemewahan bagi setiap pembelian barangan dan perkhidmatan mewah bukan penting yang melebihi harga tertentu.

“Barangan mewah yang boleh dikenakan cukai ialah seperti kereta super, kapal layar, jet peribadi, barang kemas bernilai tinggi dan barangan mewah lain,” katanya.

Beliau berkata ini dapat membantu meningkatkan hasil kerajaan yang terjejas di samping mengurangkan jurang ekonomi antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi. – BERNAMA

Tags: Bajet 2022Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kalau Lihat Jasad Si Mati, Saya Tak Boleh Nak Bayangkan” – Hakim

Next Post

PAS Akur, Elak Pertembungan 3 Penjuru

Related Posts

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

PAS Akur, Elak Pertembungan 3 Penjuru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd