• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertidur Tunggu Geng Merompak, Pencuri Dicekup Jiran

oleh Mohd Arshad
26/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Seorang perompak diberkas selepas tertidur dalam keretanya ketika sedang menunggu dua lagi rakan jenayah melarikan barangan sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM Bachang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 30 itu berjaya dicekup dengan bantuan orang awam.

Katanya, mengikut laporan polis dibuat oleh pengadu, rumah tersebut merupakan milik arwah ibunya dan kejadian pecah masuk berkenaan dimaklumkan oleh jiran kira-kira pukul 5 petang.

“Pengadu bersama kakak dan abang iparnya bergegas ke rumah tersebut dan setiba di lokasi mereka menjumpai seorang lelaki sedang tidur dalam kereta jenis Hyundai Sonata di belakang rumah berkenaan.

“Pengadu bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat dipercayai berkaitan kejadian tersebut turut tular di laman sosial Facebook.

Tambahnya, dengan bantuan jiran, suspek berkenaan ditangkap dan dipercayai dalam keadaan khayal bawah pengaruh dadah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu kemudian ternampak pintu bahagian dapur rumah terbabit dalam keadaan terbuka dan dua lelaki dilihat sedang cuba melarikan sebuah televisyen.

“Menyedari kehadiran pengadu, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan, barang-barang yang hilang adalah sebuah kamera lama beserta beg coklat dengan anggaran kerugian RM300,” katanya.

Ujarnya, suspek yang dicekup kemudian diserahkan kepada pihak polis yang datang memberikan bantuan dan kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Pasukan khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah telah digerakkan untuk mengesan dan menangkap dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah berkenaan,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: geng rompak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Bersaudara Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh Depan Warung

Next Post

Chee Kadir Kekal Calon GPS Di DUN Kabong

Related Posts

No Content Available
Next Post

Chee Kadir Kekal Calon GPS Di DUN Kabong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd