• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Pendatang Tanpa Izin Sertai Program RTK Dilonggarkan

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pendatang tanpa izin yang diberikan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam Program Rehiring dan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) tetapi telah tamat tempoh, dibenarkan menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata kelonggaran syarat itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 26 Oktober lalu.

Beliau berkata, selain itu syarat kelayakan umur pendatang tanpa izin ketika permohonan dikemukakan juga sudah dinaikkan daripada 18 tahun hingga 45 tahun, kepada 18 tahun hingga 49 tahun.

“Kelonggaran turut melibatkan syarat kelayakan pendatang tanpa izin diperluaskan kepada pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang yang telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, kelulusan kuota sebanyak 70 peratus akan diberi secara terus daripada jumlah permohonan yang melepasi saringan verifikasi di bahagian penguat kuasa, manakala baki 30 peratus tertakluk kepada keputusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Kementerian Sumber Manusia.

“Kebenaran kepada majikan di dalam sektor pembinaan, pertanian, perkilangan, perladangan dan perkhidmatan seperti subsektor restoran, kargo, borong dan runcit serta pembersihan dan pencucian telah diperluaskan kepada sektor-sektor lain kecuali kepada sektor yang dibekukan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, seramai 14,788 majikan dan 255,909 pendatang asing sudah mendaftar dalam program RTK di bawah beberapa sektor utama pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan seperti pembinaan, perladangan, perkilangan, pertanian, perlombongan dan kuari sejak 16 November 2020 hingga 16 November tahun ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan yang Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk menguruskan RTK dan semua majikan diingatkan supaya berurusan terus dengan pihak jabatan tanpa melalui pihak ketiga atau ejen bagi mengelakkan ditipu.

-Berita Harian

Tags: PatiProgram RTK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bung Moktar Cadang Wujudkan Sekolah Perpaduan

Next Post

10 Kluster Covid-19, 85 Kes Kategori Tiga, Empat Dan Lima

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

10 Kluster Covid-19, 85 Kes Kategori Tiga, Empat Dan Lima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd