• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Fizikal Tak Dibenar, SPR Gagal

oleh Cj Mnh
10/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan dalam keadaan yang bebas, adil dan bersih.

Beliau berkata, ini berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketinggalan zamannya yang menghalang sebarang bentuk kempen secara fizikal menghalang pilihan raya itu lebih bebas, adil dan bersih.

“Melaka kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Adakah ini fasa yang melibatkan sekatan menyeluruh kepada aktiviti kempen fizikal dalam pilihan raya? Jika ya, bilakah kempen fizikal dibenarkan semula?

“Mengapa SPR tidak mampu untuk mencari titik perseimbangan di antara memastikan terdapatnya pilihan raya yang bebas, adil, dan bersih serta pada masa sama mengekang penularan wabak Covid-19?,” katanya dalam satu kenyataan di https://blog.limkitsiang.com hari ini.

Semalam, media melaporkan SPR sekali lagi menegaskan, sebarang aktiviti ceramah yang menghimpunkan orang ramai atau secara fizikal tidak dibenarkan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi dan aktiviti walkabout tidak dibenarkan.

Justeru, kata beliau, calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media massa dan media sosial.

Menurut Kit Siang, larangan menyeluruh SPR itu memberikan kesan yang amat buruk kepada parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan radio dan televisyen.

“Jelas sekali SPR mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan PRN Melaka ini diadakan secara bebas, adil, dan bersih, sebaliknya membenarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dalam PRN ini.,” katanya.

Tambah beliau, SOP yang diumumkan itu juga dilihat tidak mengambil kira keperluan untuk negara ini untuk hidup bersama Covid-19.

“Kementerian Pendidikan mengumumkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, dan Kedah akan meneruskan operasi bermula 21 dan 22 November, selari dengan peraturan dibawah Fasa 4 PPN.

“Malaysia dan Singapura juga melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November ini.

“Namun, SPR masih terus menyorokkan kepalanya di dalam pasir, tanpa mengambil kira keperluan untuk negara kita hidup bersama Covid-19 dalam tempoh peralihan di antara fasa pandemik dan endemik,” jelasnya.

Jelasnya, para peguam juga sudah mengatakan bahawa sekatan Kementerian Kesihatan terhadap semua bentuk kempen secara fizikal di Melaka itu bertentangan dengan undang-undang.

“Ini kerana kerajaan sebaliknya patut membenarkan aktiviti di mana penjarakan boleh diadakan dengan mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

“Apakah SPR akan akhirnya mendengar dan menyemak semula SOP pilihan raya untuk PRN Melaka dengan rakyat Melaka yang kini dijadualkan mengundi pada 20 November?,” ujarnya. -Utusan Malaysia

Ketua Pemuda UMNO Tampin Meninggal Dunia

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd