• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gesaan inilah ada satu sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi dan solidariti dengan rakyat Palestin yang telah sekian lama berjuang demi kebebasan dan kemerdekaan mereka.

Katanya, rakyat Palestin telah sekian lama menderita di bawah penjajahan Israel yang melakukan sekatan, diskriminasi, penafian hak asasi, rampasan tanah serta harta benda berskala besar dan pelbagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

“Malaysia bersama dengan masyarakat antarabangsa bersatu dengan tujuan yang sama bagi mencari jalan penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan kepada Palestin. Rakyat Palestin berhak mendapat keadilan dan keamanan, malah, masyarakat antarabangsa berhutang kepada mereka.

“Malaysia akan secara aktif menjayakan agenda Palestin termasuk melalui pelbagai forum serantau dan antarabangsa ke arah merealisasikan aspirasi rakyat Palestin untuk kebebasan dan merealisasikan negara Palestin berdasarkan pra-1967 sempadan, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya, berdasarkan perkara yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, Malaysia akan terus memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin sebagai mengiktiraf aspirasi generasi baharu aktivis Palestin ke arah merealisasikan harapan rakyat Palestin demi kebebasan dan negara yang merdeka.

“Ketegasan ini seiring dengan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin yang mana sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin.

“Malah, tahun ini adalah ulang tahun Hari Antarabangsa ke 44 selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkannya, maka, ulang tahun ini kekal sebagai peringatan yang menyakitkan tentang tanggungjawab masyarakat antarabangsa yang belum dapat menyelesaikan persoalan Palestin,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PalestinSaifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd