• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sik Jadi Lokaliti Pertama Projek Rintis Basmi Kemiskinan Tegar

oleh Cj Mnh
09/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan telah mencadangkan satu kampung di Sik, Kedah untuk dijadikan sebagai lokaliti pertama bagi pelaksanaan projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendekatan baharu itu akan melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun, universiti, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), organisasi berasaskan komuniti (CBO) setempat dan pihak swasta.

“Selain di daerah Sik, program rintis membasmi kemiskinan tegar ini akan dilaksanakan di beberapa lokaliti lain seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri perbincangan sesi Poverty Circle ke-5 yang diadakan secara maya pada Selasa.

Mustapa memaklumkan, sesi tersebut diadakan susulan lawatannya ke Sik pada 6 November lalu.

Mustapa berkata, perbincangan yang diadakan itu bagi mengenal pasti pendekatan holistik lebih berkesan untuk menghapus kemiskinan tegar di lokaliti terpilih.Katanya, usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang meletakkan sasaran untuk menghapus kemiskinan tegar pada tahun 2025 dengan mentransformasi pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar.

IKUT TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

“Pelaksanaan pendekatan baharu ini memerlukan pangkalan data yang tepat. Sehubungan itu, pemutihan data eKasih sedang dilaksanakan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM bagi memastikan ketelusan dan ketepatan maklumat kumpulan sasar.

“Berdasarkan pangkalan data eKasih pada masa ini, terdapat kira-kira 178,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang produktif iaitu berusia antara 15 hingga 60 tahun di seluruh negara,” jelas beliau.

Pada masa sama, Mustapa berkata, selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, EPU telah menubuhkan satu unit kemiskinan khusus untuk menangani isu kemiskinan dengan penugasan semula fungsi dan perjawatan sedia ada.

HANGAT DIBACA >> Pedang Salahuddin Al-Ayubbi Memeningkan Pengkaji Barat

Tags: Dato' Sri Mustapa Mohamedkemiskinanpendapatan garis kemiskinan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

Next Post

Mas Ermieyati Calon Pemimpin Masa Depan: Hamzah

Related Posts

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

23/07/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan...

PM Sebak Bila Sentuh Isu Kemiskinan

12/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lahir daripada keluarga penoreh getah menyebabkan isu kemiskinan terlalu dekat di hatinya sehingga membuatkan Perdana Menteri, Datuk...

Next Post

Mas Ermieyati Calon Pemimpin Masa Depan: Hamzah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd