• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Menyeluruh Kematian Adib

oleh Mohd Arshad
13/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dibuat terhadap kes kematian anggota bomba tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keahlian pasukan petugas khas tersebut terdiri daripada beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan.

“Dua lagi Menteri Kabinet ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim; Pakar Perunding Kanan Patologi Forensik Kolej Perubatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh Jeswant Singh dan Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga Pakar Perunding Kanan Histopathologist Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Datuk Dr. Looi Lai Meng,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keahlian yang lain ialah bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Sundramoorthy M. Pathmanathan yang juga pengamal undang-undang serta kaji jenayah; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Azari Abd. Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, Senior Asisten Komisioner Mohammad Abd. Hamid.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi jawatankuasa khas ini.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh 6 bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan.

-Kosmo Online

Tags: Adibanggota bomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

29/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd