• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shabery Cheek Juga Lompat Parti?

oleh Cj Mnh
15/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Inilah tokoh lompat parti 30 tahun dulu sewaktu saya masih lagi di bangku sekolah. Hari ini Shabery Cheek nak bercakap pasal lompat parti, pasal katak dan pasal sesumpah?

Sebelum orang lain ramai2 buat zaman sekarang, Shabery Cheek dah teroka acara lompat parti duluuuuu lagi…

Abang Roslan Latif marah saya kerana jawatan yang saya sebutkan tidak tepat. Itu memang saya salah kerana saya tak berapa ingat jawatannya. Shabery Cheek bukan ketua pemuda, tapi ketua penerangan S46 dulu. Tapi perkara pokok yang hendak diberitahu, dia pun kaki lompat parti.

Lompat parti bukan perkara yang salah dalam undang-undang Malaysia setakat hari ini. BN juga turut memeriahkan acara lompat parti. Ini sebahagian pesta demokrasi kita.

Tahun 2009, BN berjaya membentuk kerajaan semula di Perak selepas kalah kali pertama pada 2008, juga melalui kaedah lompat parti.

Sekarang dalam PRN Melaka, orang lompat parti juga turut dinamakan sebagai calon BN. Tidak ada salahnya dan ianya tidak melanggar undang-undang.

Terima kasih Abang Roslan Latif kerana ambil komen saya buat posting. Makin ramai orang tahu Shabery Cheek pun kaki lompat parti.

Oleh : Mohd Faisal

Jawapan Shabery Cheek:

Dinda masih bersekolah masa itu, mungkin belum memahami apa yang berlaku.

Saya tak melompat meninggalkan Semangat 46 macam Tok Pa, Mas Ermayati dll meninggalkan Umno. Mereka tinggalkan Umno semasa Umno masih hidup dan mereka ketepikan rakan2 mereka yang berjuang meletakan mereka pada kedudukan mereka itu.

Semangat 46 dibubarkan melalui keputusan bersama dicapai dalam Mesyuarat Agung Khas November tahun 1996. Ia dicapai sebulat suara dan meminta semua anggotanya menyertai Umno secara enbloc dan Umno menerimanya secara enbloc.

Bahkan semua anggota parti tak perlu membayar yuran kemasukan RM1 yang menjadi peraturan ketika itu. Bunyi kecil, kerana prinsipnya Umno menganggap orang Semangat 46 tidak meninggalkan Umno tetapi lambat menyertai Umno yang didaftarkan kembali.

Mungkin dinda tak ingat peristiwa Umno diharamkan tahun 1988. Ketika itu ada krisis selepas pertandingan 1987. Bila Umno Baru didaftarkan kembali, suasana masih panas. Ramai pemimpin Umno sebelum itu dihalang dari menyertainya. Termasuk Almarhum Tunku Abdul Rahman (kalau dinda kurang pasti, Bapa Kemerdekaan Negara dan PM Malaysia pertama), Tun Hussein Onn (PM Ketiga dan bekas Presiden Umno) apatah lagi Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam, TS Rais Yatim yang terlibat dalam pertandingan 1987. Senarainya panjang sampai beribu orang hingga ke peringkat Bahagian dan Cawangan.

Tidak membayar yuran penyertaan tadi adalah simbol penerimaan kembali mereka yang dihalang 8 tahun sebelum itu.

Tahun 1988 adalah cerita ketika panas. Masa itu Almarhum Tunku Abdul Rahman melihat pejuang yang kehilangan parti seperti kehilangan rumah. Almarhum yang mencadangkan ditubuhkan sebuah parti sementara yang mempunyai dasar dan perlembagaan yang sama dengan Umno. Tertubuhlah Semangat 46. Almarhum Tunku mengingatkan ia mesti bersifat sementara apabila sejuk nanti bersatulah kembali.

Atas ingatan inilah, dan bila suhu menjadi dingin akhirnya semua bersetuju sama2 bubarkan Semangat 46 tahun 1996 dan bersama Umno sebaik sahaja dibubarkan. Kami tidak dapat apa2 keistimewaan. Saya melalui cawangan saya di Gong Chengal Kemasik, Kemaman dan melalui proses biasa untuk diterima dalam apa2 jawatan di sana.

Harapan saya juga satu masa nanti hubungan UMNO dan PPBM kembali sejuk. Mungkin PPBM sepakat untuk kembali kepada Umno melalui persetujuan bersama kedua2 parti. Sekiranya ia berlaku ia tak panggil lompat. Tak panggil tinggalkan perjuangan. Tak panggil pengkhianatan. Itu penyatuan atas persetujuan bersama. Sekarang mungkin susah, tapi tak mustahil.

Saya tak mahu huraikan cerita di Perak atau yang lain.

Tapi apabila PM 8 menawarkan kaedah persefahaman dengan pembangkang sebelum meletakkan jawatannya, iaitu antara lainnya sama2 menggubal undang2 Anti Lompat Parti, cukup memberi pengakuan bahawa lompat parti itu tidak baik dan boleh merosakkan negara.

Pemimpin sebuah parti yang paling banyak menerima orang melompat pun sanggup berbuat demikian. Ini tanda kesedaran betapa meluatnya rakyat terhadap orang lompat parti. Ini perlu disegerakan dan tak payah kita banyak bahas tentang baik buruknya lompat parti itu.

Di negara yang masih banyak orang Islam makan katak, tetapi para agamawannya masih berbahas dari segi hukum, halal atau tidak makan katak, akhirnya orang menganggap makan katak adalah biasa dan hak masing2.
Maka, katak terus dihidang di warung dan di restorannya.

Ada pemintaan adalah penternakannya.

Tags: Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Poster Boy Di Melaka

Next Post

‘Bos SPR Kena Berundur Jika Kurang Separuh Keluar Mengundi’

Related Posts

PH Gagal Kerana Kegagalan DAP

17/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang sebahagiannya berpunca daripada kegagalan DAP. Itu rumusan Ahli Majlis Tertinggi DAP,...

Next Post

‘Bos SPR Kena Berundur Jika Kurang Separuh Keluar Mengundi’

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd