• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Akan Haramkan Kedai Nombor Ekor – Sanusi

oleh Cj Mnh
15/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan, selain masalah hutang.

“Kerajaan tidak akan beri lesen (baru), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai.

“Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,” katanya seperti dilapor portal Free Malaysia Today.

Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2022 Kedah hari ini.

Justeru itu dia berharap semua pihak, termasuk penduduk negeri itu memahami keputusan kerajaan negeri untuk tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

“Kerana bila ada premis, ada aktiviti, bukan saja bukan Islam (yang terlibat), jadi saya harap (keputusan ini) dapat difahami dengan seadil-adilnya.

“Manfaat kepada premis judi tak banyak pun, melainkan hanya tauke saja yang untung, (selain itu) lebih banyak mudarat kepada orang ramai,” katanya.

Hadkan jualan minuman keras

Sementara itu Sanusi berkata, mesyuarat Exco minggu lalu turut memutuskan untuk mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

“Di PBT (pihak berkuasa tempatan) yang tiada permintaan, khususnya di luar bandar, penjualan di premis minuman keras juga akan dihadkan.

“Kita juga telah berbincang dengan kedai bebas cukai di Langkawi dan kedai lain yang tidak mempunyai lesen, tidak lagi menjual arak secara terbuka untuk menjamin akal fikiran rakyat kita agar kekal waras,” katanya.

Untuk rekod Sanusi sebelum ini memang tidak lekang dengan kontroversi.

Pada Ogos lalu, dia memohon maaf atau gurauan mengenai kontena penyimpanan jenazah individu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Pada masa itu, apabila ditanya sekiranya tempat menyimpan mayat pesakit Covid-19 mencukupi, Sanusi berjenaka dengan berkata: “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama.”

Pada Julai, dia dikompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan apabila terbabit dalam pandu uji sebuah pikap di Juru.

Pada Mac pula, pemimpin PAS itu mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mungkin akan menyedut “air selut” dari Sungai Muda sekiranya gagal membuat bayaran bekalan air mentah ke Kedah.

Pada Disember tahun lalu, dia menerima kecaman kerana memberikan perumpamaan ‘minum todi’ ekoran bantahan MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu di Kuala Kedah.

Dia bagaimanapun menafikan kenyataannya menghina kaum India. – Malaysiakini

‘Datuk Seri’ Antara Ditahan Terbabit Sindiket Judi

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: JUDISanusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd