• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Catat Aliran Penurunan Berbanding Dolar AS

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan untuk empat hari berturut-turut untuk dibuka rendah berbanding dolar AS dalam persekitaran jangkaan proses pengurangan yang lebih cepat dan kemungkinan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.2130/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2095/2135 semalam.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan ahli jawatankuasa tidak akan teragak-agak untuk menangani tekanan inflasi, memberi petunjuk bahawa proses pengurangan boleh dipercepatkan dan kenaikan kadar dijangka berlaku lebih awal.

“Semua ini memberikan sokongan kepada dolar AS dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada 96.785 mata.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal rendah dengan tumpuan kepada paras halangan semasa pada RM4.245. Pada masa ini, pasangan ringgit-dolar AS dijangka pada sekitar RM4.21 hingga RM4.22,” katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6210/6250 daripada 5.6235/6288 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6527/6553 daripada 3.6601/6639.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0797/0821 daripada 3.0791/0825 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7228/7261 daripada 4.7180/7225 sebelum ini.

-Awani

Tags: Dolar ASringgit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd