• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Akaun Twitter Warga Palestin Diminta Tampil

oleh Cj Mnh
13/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis sedang mengesan pemilik akaun Twitter ‘NURATIKAHROSE’ dan seorang lelaki warga Palestin bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular mendakwa anggota polis meminta wang sogokan di sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama, di Kuala Lumpur, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata pemilik akaun berkenaan telah memuat naik beberapa rakaman suara milik lelaki Palestin itu yang mendakwa seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan itu telah meminta wang daripadanya atas kesalahan gagal menunjukkan dokumen diri yang sah.

“Polis telah merakam keterangan beberapa anggota yang bertugas semasa sekatan jalan raya tersebut. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti anggota yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Abdul Aziz Sulaiman di talian 03-61262222 dan 016-7185750.

– Bernama

 

 

Tags: Isu PalestinIsu RasuahTwitter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendatang Haram Israel Halang Laluan Ambulans Palestin Dengan Kereta Di Baitulmaqdis

Pendatang Haram Israel Halang Laluan Ambulans Palestin Dengan Kereta Di Baitulmaqdis

06/12/2025
0

BAITULMAQDIS – Sebuah ambulans Bulan Sabit Merah Palestin yang sedang membawa pesakit ke hospital dilaporkan dihalang oleh seorang pendatang haram...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd