• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puad Gesa RCI Siasat Penglibatan 1MDB Zeti, Suami

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Katanya, siasatan itu diperlukan untuk, antara lain, mendedahkan penglibatan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan suaminya Tawfiq Ayman (gambar,bawah).

Minggu lalu SPRM mendedahkan bahawa AS$15.4 juta (RM65 juta) dalam dana berkaitan 1MDB telah dihantar pulang daripada akaun Cutting Edge Industries Ltd di Singapura.

Ini mendorong Puad untuk menggesa agar sebuah RCI ditubuhkan.

Cutting Edge Industries, yang dimiliki bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh, adalah penerima dana 1MDB yang diselewengkan yang pada asalnya diterima oleh syarikat lain yang dimiliki bersama oleh suami Zeti pada 2008 dan 2009.

The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai antara rakan kongsi dalang 1MDB, Low Taek Jho dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia ditubuhkan pada 2007.

ADKMIC telah digunakan oleh Low antara 2011 dan 2013 untuk mencuci dana 1MDB yang diselewengkan semasa fasa Good Star.

Sementara itu, Goh terlibat dalam penubuhan dana untuk syarikat yang dikuasai oleh Low, Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) – yang kemudiannya menerima dana daripada 1MDB.

“Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulenan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.

“Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?

“Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini,” katanya.

Sebelum ini, pada 2017, Puad telah menolak gesaan supaya sebuah RCI ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB atas alasan kerajaan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk antara lain, menstabilkan kedudukan kewangan 1MDB.

Tags: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Malaysia

Next Post

Roti Gardenia Naik Harga Sehingga 45 Sen Mulai 1 Dis

Related Posts

Puad: Sanusi MB Kedah Paling Loklak – Dulu, Kini Dan Selamanya

07/12/2021
0

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang...

Muhyiddin Pengecut – Kata Dr Puad Zarkashi

14/11/2021
0

Sejujurnya Muhyiddin memang takut untuk tumbangkan Kerajaan pimpinan BN di Johor.

Next Post

Roti Gardenia Naik Harga Sehingga 45 Sen Mulai 1 Dis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd