• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Serius Warta Lebih Awal Tarikh PRU

oleh Cj Mnh
23/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Cadangan untuk mewartakan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, sekurang-kurangnya enam bulan daripada tarikh pilihan raya sudah lama diamalkan di negara-negara maju.

Prof Madya Dr Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, dengan pewartaan itu membolehkan semua parti politik membuat persediaan lebih awal.

Katanya untuk manjadikan pilihan raya yang lebih adil, perkara itu memang perlu dilakukan dan sesuai dengan keadaan normal baharu sekarang.

“Perkara ini akan memberi peluang kepada semua parti politik untuk bersedia menghadapi pilihan raya.

“Tetapi sejauh mana perkara ini boleh dilakukan bergantung kepada kerajaan yang ada sekarang. Lagi pun perkara itu sudah lama diamalkan di negara-negara maju,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 Ahli Parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi mencadangkan kerajaan mewartakan tarikh PRU enam bulan lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersedia.

Menurutnya parti politik perlu membuat persediaan berikutan cabaran pandemik Covid-19 sekarang.

Dr Rusdi juga berkata, cadangan Ahli Parlimen Tumpat itu wajar diambil perhatian serius kerajaan bagi membolehkan setiap parti politik membuat persediaan menghadapi PRU.

“Ia juga akan memberi persaingan yang sihat kepada semua parti politik yang bertanding, di samping menjadikan keadaan lebih harmoni dengan tidak saling menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ujarnya setiap parti politik perlu bermuhasabah dengan menilai kembali kekuatan parti masing-masing.

“Semua parti politik perlu muhasabah diri, Perikatan Nasional (PN) perlu melihat kekuatan sendiri untuk bertanding melawan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Di samping, itu mereka juga perlu mendengar pandangan akar umbi, jangan hanya mengikut keputusan kepimpinan atasan sahaja,” ujarnya.

Menurutnya juga BN pun tidak boleh terlalu selesa keputusan PRN tersebut kerana tidak menjamin akan memberi kesan positif pada PRU15 memandangkan peratus keluar mengundi PRN tersebut rendah.

Kata beliau hanya 61 hingga 63 peratus sahaja rakyat yang keluar mengundi, bermakna rakyat selebihnya tidak keluar mengundi.

“Jadi, faktor ini perlu diambil kira BN untuk bermuhasabah dan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di PRN Melaka,” katanya.

Dr Rusdi juga berharap kepimpinan parti politik Melayu untuk menilai kembali sama ada untuk terus bergerak secara solo atau bersatu dalam satu wadah bagi menghadapi PRU15.

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

Tags: PRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd