• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang SPR Untuk Longgarkan SOP Hari Mengundi – Hisham

oleh Cj Mnh
17/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti membenarkan penyokong membawa bendera parti, kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata sebagai jentera parti, adalah penting untuk setiap parti memastikan semua SOP dipatuhi bagi mengelak sebarang risiko.

“Itu kena tanya SPR, perjalanan hari membuang undi berada di bawah tangungjawab mereka. Sebagai jentera parti, kita perlu yakinkan rakyat keluar tunaikan tanggungjawab mereka,” kata Hishammuddin yang mengetuai pengurusan pandemik COVID-19 di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kerajaan mempunyai perancangan melonggarkan SOP PRN Melaka yang ketat, termasuklah membenarkan penyokong membawa bendera lambang parti seperti kebiasaan.

Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata pada undi awal semalam seramai 8,332 atau 91.3 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya proses mengundi awal di kesemua lokasi termasuk di kem-kem ATM di Melaka berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Melalui maklum balas yang saya terima, pematuhan SOP pembuangan undi yang telah ditetapkan oleh pihak SPR, berada pada tahap yang baik,” katanya.

Hishammuddin juga mengucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang telah mengundi dan berharap suasana tenang dan tahap pematuhan SOP seperti hari undi awal semalam, dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen yang hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

“Lebih penting, dapat dikekalkan pada hari pembuangan undi pada 20 Nov nanti. Insya-Allah,” katanya.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Melaka mempunyai 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.

– Bernama

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MP Pembangkang Asak Menteri Jawab Isu Mitra

Next Post

Lagi Kanak-kanak Maut Jatuh Bangunan, Kali Ini Dari Tingkat 16

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

Next Post

Lagi Kanak-kanak Maut Jatuh Bangunan, Kali Ini Dari Tingkat 16

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd