• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Melaka: Siapa Boleh Menang Di Kerusi Panas?

oleh Mohd Arshad
19/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang 48 jam dari sekarang, baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini, dan tiga kerusi ‘panas’ masih kelihatan sama-samar untuk dimenangi mana-mana pihak.

Tiga kerusi berkenaan membabitkan Tanjung Bidara, Asahan dan Telok Mas, masing-masing ditandingi calon-calon ‘berpengaruh’ daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Di Tanjung Bidara, tumpuan pastinya terarah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Di Asahan pula membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (PH) yang bertukar kerusi dari Sungai Udang, Mohd Noor Salleh (Bebas), Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan (BN), Azmar Ab Hamid @ Sha’aim (Bebas), B. Dhanesh (PN) dan Mohd Akhir Ayob (Bebas).

Telok Mas pula melibatkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN), Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Ashraf Mukhlis Minghat (PH) dan Ketua UMNO bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN).

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata beliau melihat Ab Rauf, Mas Ermieyati, Idris dan Mohd Rafiq, ketika ini, mendapat sokongan yang seimbang dengan calon lawan yang ditandingi mereka di kerusi masing-masing berdasarkan beberapa faktor.

“Di Tanjung Bidara, Ab Rauf dan Mas Ermieyati mempunyai pengalaman dari segi pentadbiran dan politik, namun pada masa yang sama mereka juga terpalit dengan sejarah hitam seperti isu lompat parti dan intergriti.

“Idris mungkin mempunyai sokongan pengundi bukan Melayu daripada PH di Asahan namun kematian Ketua UMNO bahagian Alor Gajah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan semalam mungkin meraih undi simpati kepada BN,” katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Idris, 55, yang menjadi Ketua Menteri Melaka selama lima tahun bermula 2013 adalah anak jati Kampung Relau, Asahan turut pernah menjadi timbalan menteri pengajian tinggi di peringkat persekutuan semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.

Mengulas mengenai peluang Mohd Rafiq di Telok Mas pula, Mohd Izani berkata penyandang kerusi berkenaan sebelum ini iaitu Datuk Noor Effandi Ahmad telah membuka ruang kepada Bersatu untuk bertapak di kawasan tersebut selepas menang dengan majoriti 1,288 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Katanya Telok Mas merupakan kubu kuat UMNO sebelum ini namun kemenangan Noor Effandi pada PRU14 juga mungkin disebabkan oleh undi protes daripada rakyat berikutan sentimen negatif diterima UMNO ketika itu berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Mungkin Bersatu meletakkan Mohd Rafiq di Telok Mas agar undi terhadap parti itu kekal namun undi protes dilihat tidak kekal dan boleh berubah berdasarkan sentimen-sentimen semasa ketika tempoh berkempen,” katanya.

Ditanya mengenai tiga kerusi panas lain membabitkan Lendu, Sungai Udang dan Bukit Katil yang masing-masing ditandingi bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan seorang lagi bekas ketua menteri iaitu Adly Zahari, Mohd Izani berkata mereka bertiga dijangka akan menang mudah di kawasan masing-masing.

Ini kerana katanya pada PRN kali ini merupakan kali ketiga Sulaiman bertanding di Lendu dan mempunyai akar umbi yang kukuh, selain kempennya lebih tertumpu kepada kesinambungan mengenai projek-projek kerajaan negeri yang boleh dilakunnya jika kembali dilantik sebagai ketua menteri.

“Mohamad Ali pula dilihat selesa di Sungai Udang kerana ia sememangnya menjadi kerusi ‘fixed deposit’ kepada mana-mana parti pemerintah berikutan kewujudan kem tentera di kawasan tersebut. Imbuhan atau insentif yang dibentangkan dalam Bajet 2022 kepada anggota tentera yang memuaskan hati mereka, saya rasa mereka akan beri sokongan kepada calon parti pemerintah,” katanya.

Beliau berkata Adly juga mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada PRU14 kerana masih mempunyai aura sebagai bekas ketua menteri dari PH selain agresif mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.

Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian menjangka peratusan keluar mengundi akan memberi kelebihan masing-masing kepada BN dan PH pada PRN Melaka kali ini.

Beliau berkata ketika ini banyak faktor mempengaruhi peratusan keluar mengundi, antaranya rakyat berpendapat PRN tidak perlu diadakan ketika kerajaan negeri ditumbangkan ketika pandemik COVID-19, pandemik adalah masa kerajaan untuk merakyatkan kepimpinan, undi protes dalam kalangan mereka yang melihat masih ada ‘politiking’ secara berterusan dan pengundi yang marah dan kecewa dengan situasi semasa negara.

“Saya tak terperanjat sekiranya peratusan keluar mengundi rendah ia memberi kelebihan kepada BN dan jika meningkat mendadak sebagaimana 2018 iaitu hampir 82 peratus ia boleh berpihak kepada PH.

“(Bagaimanapun) dalam konteks ini ia (peratusan keluar mengundi) tidak akan mencapai seperti 2018 ataupun barangkali peratusan jauh lebih rendah melainkan jentera parti keluar beramai-ramai memujuk pengundi supaya tidak memprotes PRN dan keluar menyokong parti (mengundi) sekali gus memastikan proses demokrasi terus terpelihara ,” katanya.

– Bernama

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salib: MCA Dakwa DAP Mahu Jaga Hati Orang Melayu

Next Post

BN Tidak Sempurna Dan Tidak Akan Mungkin Menjadi Sempurna

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

Next Post

BN Tidak Sempurna Dan Tidak Akan Mungkin Menjadi Sempurna

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd