• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Gerakan Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk Nelson Renganathan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini hari ini.

Mereka berdua adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 22 Nov 2024.

Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dominic, 54, berkelulusan peringkat doktor falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) manakala Nelson, 59, mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hull, United Kingdom dan pernah menjawat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

Pada sidang media selepas majlis itu, Dominic berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenan pelantikan beliau dan berjanji akan membela hak rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum.

Nelson pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada MIC kerana mencalonkan dirinya bagi jawatan senator dan berharap dapat menyumbang dalam bidang pendidikan swasta serta memperjuangkan isu warga emas.

Terdahulu, Rais ketika berucap pada majlis itu berharap kedua-dua senator berkenaan dapat mengalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan dan penyertaan aktif ahlinya secara menyeluruh supaya peranan Dewan Negara dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihormati.

Beliau juga memaklumkan Dewan Negara sudah mempunyai tiga Jawatankuasa Pilihan Khas yang mempunyai kuasa perundangan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah; Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan.

“Ketiga-tiga jawatankuasa ini merupakan sekutu kepada agenda transformasi Parlimen, yang insya-Allah saya yakin dapat direalisasikan pembaharuan ini seawal tahun depan dengan komitmen sudah pun diberikan pihak Eksekutif,” katanya.

-Malaysia Kini

 

 

 

 

Tags: Dewan Negarapelantikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KWSP Akan Lancar i-Sayang Tahun Depan

Next Post

Guru Dakwa Diasingkan Di Stor Kerana Belum Divaksin

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Next Post

Guru Dakwa Diasingkan Di Stor Kerana Belum Divaksin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd