• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Positif Covid-19, Nagaentran Akan Dirawat Sebelum Digantung

oleh Cj Mnh
10/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengesahkan seorang warganegara Malaysia yang dijadual dihukum gantung hari ini kerana mengedar dadah disahkan positif Covid-19 pada 9 Nov 2021, dan akan menerima rawatan perubatan.

Nagaentran K Dharmalingam, 33, hadir di Mahkamah Rayuan pada Selasa untuk rayuan terakhir terhadap keputusan hukuman mati apabila mahkamah dimaklumkan beliau disahkan positif Covid-19.

Menurut SPS, ujian pantas antigen (ART) dan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang dilakukan terhadap Nagaenthran pada 8 Nov 2021 menunjukkan keputusan negatif pada hari yang sama.

Beliau dibawa ke mahkamah pada tengah hari 9 Nov 2021. Selepas menerima keputusan ujian PCR positif pada petang itu, SPS segera memaklumkan mahkamah dan Nagaentran telah diasingkan,” kata SPS di laman webnya.

Berikutan itu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman berkuatkuasa serta-merta sehingga semua prosiding yang tertangguh selesai.

SPS berkata Nagaenthran akan menerima rawatan perubatan dan prosiding akan disambung semula pada tarikh yang akan ditetapkan, selepas beliau pulih.

“Nagaenthran sihat dan tanpa gejala. Dia tidak melaporkan sebarang penyakit sebelum perbicaraan mahkamahnya. Dia tidak diberi vaksin kerana memilih untuk tidak menerima mana-mana vaksin Covid-19,” kata SPS.

Menurut SPS, sehingga 9 Nov, beberapa banduan dan kakitangan penjara dari Institusi A1 iaitu lokasi Nagaenthran ditempatkan disahkan positif Covid-19.

Unit penempatan yang terjejas di Institusi A1, institusi penjara, telah ditutup untuk mengelakkan penularan virus itu.

SPS menyebut Nagaentran mempunyai kontak seketika dengan dua kakitangan yang telah disahkan positif.

Melihatkan kepada bilangan kes dalam komuniti semasa fasa pandemik ini lebih banyak kes jangkitan dijangka berlaku di penjara juga, dan SPS berkata ia mengambil langkah-langkah untuk memastikan keadaan terus terkawal.

Sehingga 7 Nov, 97 peratus banduan yang layak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 90 peratus selesai menerima kedua-dua dos.

Sementara itu, 99.5 peratus kakitangan penjara sudah lengkap divaksin, kata SPS.

SPS berkata ia akan meneruskan langkah-langkah pengurusan selamatnya untuk menjaga kesihatan dan keselamatan banduan, kakitangan, pelawat dan rakan kongsi.

“Kakitangan dan rakan kongsi yang memasuki kemudahan penjara mesti menjalani ART dua kali seminggu, manakala kakitangan luar yang memasuki penjara secara ad-hoc dikehendaki menjalani ART sebelum setiap kemasukan ke dalam penjara,” katanya.

– Bernama

‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

Tags: NagaentranSingapuratali gantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

Pasangan ‘Kekasih Gelap’ Berdepan Tali Gantung

Pasangan ‘Kekasih Gelap’ Berdepan Tali Gantung

10/01/2025
0

JOHOR BAHRU - Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd