• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Ammar Alfian Didenda RM3,500 Cederakan Pemandu

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu van tersebut, April lepas.

Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Ammar Alfian Aziz, 34, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan manakala pertuduhan mencederakan dia didenda RM1,500 atau penjara sebulan.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.

Pelakon filem Paskal itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Budiman 26/17A, Cheras di sini pada 1.45 tengah hari 5 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ammar Alfian turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31, pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” katanya.

Peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, yang mewakili Ammar Alfian memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya dan kerugian yang dialami hanya sekitar RM700.

“Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ammar alfiankhianatpelakonvan Pos Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siasat Penarikan Rayuan Malaysia Terhadap Batu Puteh – Najib

Next Post

Nenek Ditipu ‘Ibrahim Aziz’ Rugi RM74,000

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

Nenek Ditipu ‘Ibrahim Aziz’ Rugi RM74,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd