• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Mahu Ke Melaka Jika BN Menang

oleh Mohd Arshad
14/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelabur asing dan tempatan bersedia untuk melabur di Melaka jika Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Najib berkata, beliau sudah menerima petanda positif mengenai keinginan para pelabur berkenaan.

Berikut kenyataan penuh beliau :

Semasa saya berjalan-jalan di Melaka, ramai warga tempatan meluahkan rasa kesal bahawa ekonomi Melaka semakin lembab sejak PRU14.

Lalu, saya pun rujuk data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan ianya mengesahkan pengalaman warga tempatan.

Sepanjang tempoh masa saya PM, kadar pertumbuhan ekonomi negeri Melaka biasanya lebih tinggi berbanding purata Malaysia.

Malah Melaka berkembang pada kadar yng lebih pesat berbanding negeri-negeri lebih maju yang dipegang puak PH seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Sebab itu, nilai KDNK per kapita Melaka naik 97.6% dalam tempoh dari tahun 2008 ke 2017 berbanding 60.1% bagi Pulau Pinang, 81.9% bagi Selangor dan 66.6% bagi purata Malaysia.

Kadar pertumbihan KDNK Melaka juga pada kadar 5.5% dan 8.3% berbanding kadar Malaysia sebanyak 5.1% dan 5.9% pada tahun 2016 dan 2017.

Namun selepas PRU14, pertumbuhan ekonomi Melaka jatuh ke bawa purata Malaysia – iaitu 3.8%, 2.9% dan negatif 5.9% berbanding 4.8%, 4.3% dan negatif 5.6% bagi Malaysia untuk tahun 2018, 2019 dan 2020.

Dalam tempoh pandemik Covid juga, Melaka adalah antara negeri yang paling terkesan oleh lockdown separuh masak serta sekatan rentas negeri yang antara paling panjang tempohnya dalam dunia kerana sektor utama ekonomi Melaka adalah sektor pelancongan.

Sebab itu, ekonomi Melaka memerlukan nafas serta keterujaan baharu.

Satu-satunya projek yang mampu memberi impak positif secara serta merta ialah projek HSR Kuala Lumpur ke Singapura yang diperjuangkan BN.

Sebaik sahaja ianya diumum disambung semula, ramai pelabur akan mula merancang dan melabur di Melaka untuk jangkamasa sederhana dan panjang dalam pelbagai sektor seperti pelancongan, perumaah, hotel, kedai dan lain-lain sebagai persediaaan projek tersebut beroperasi.

(Jika menang PRN, pemimpin-pemimpin BN termasuk saya komited untuk membantu membawa masuk pelabur asing ke Melaka. Saya sudah mendapat tanda positif dari beberapa pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Melaka sekiranya BN menang.)

Sebahagian daripada pertambahan cukai dan hasil yang dikutip akibatnya oleh kerajaan Melaka (sekitar 30%) juga boleh diagihkan kepada golongan B40, M40 dan SME sebagai bantuan tunai untuk pemulihan ekonomi tempatan.

Apapun, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri Melaka perlu diberi fokus utama oleh kerajaan negeri baharu selepas PRN sebab Melaka telah ketinggalan negara sepanjang tempoh sejak PRU14.

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd