• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pek Beras Sekilogram RM2.60 Akan Dilancar

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pek beras sekilogram pada harga RM2.60 akan dikeluarkan untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Azman Mahmood berkata, inisiatif itu akan memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan beras pada harga lebih rendah berbanding pek lima kilogram dan 10 kilogram yang didapati di pasaran ketika ini.

Beliau berkata, pengeluaran pek beras sekilogram itu merupakan inisiatif Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Azman berkata, mesyuarat pengarah-pengarah negeri KPB semalam memutuskan untuk melaksanakan inisiatif itu bagi membolehkan pengguna mendapatkan beras pek satu kilogram di pasar raya dan kedai runcit.

“Ketika pandemik Covid-19, kita mendapati ada dalam kalangan rakyat yang terkesan dan sukar mendapatkan beras,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Azman berkata, pek beras sekilogram yang mengandungi campuran beras tempatan dan import itu akan dilancarkan bersama beras wangi tempatan di bawah program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dalam masa terdekat.

Program SMART SBB yang menyatukan tanah sawah secara pertanian kontrak atau sewaan untuk meningkatkan produktiviti sawah serta pendapatan pesawah, membabitkan beberapa syarikat peneraju yang akan berfungsi sebagai pengurus projek.

Pesawah yang menyertai program SMART SBB melalui penyertaan berkelompok dan koperasi atau persatuan pesawah akan berunding dengan syarikat peneraju bagi melengkapkan pertanian kontrak atau sewaan dan bebas menanam varieti padi pilihan sama ada padi putih, padi hibrid, padi wangi atau padi organik.

Azman berkata, mesyuarat semalam juga bersetuju agar tindakan mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dikenakan terhadap individu yang menyorok benih padi sah dan peruncit yang menjual benih padi melebihi harga siling RM35 bagi setiap 20 kilogram.

“Kita bersetuju untuk mempergiat penguatkuasaan industri padi dan beras bagi memastikan kesejahteraan 300,000 pesawah di seluruh negara serta pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pek beras sekilogram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd