• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sah Bertanding 11 Kerusi DUN, Bakal Bertembung GPS

oleh Mohd Arshad
05/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Sarawak mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kelak, sekaligus bakal menyaksikan pertembungan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Penolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata ia melibatkan kawasan DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

“Sembilan dari 11 DUN itu merupakan kawasan baharu yang akan ditandingi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sebuah hotel di Kuching pada Jumaat.

Bagaimanapun calon yang akan bertanding belum dimuktamadkan setakat ini.

Jelas Syamsul Bahrie ia akan diumumkan sebaik sahaja senarai akhir calon dimuktamadkan, selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh-tarikh penting PRN Sarawak.

“PAS mempunyai banyak calon yang beribawa, berkaliber dan berkerjaya yang boleh kita ketengahkan untuk 11 kerusi yang kita tandingi.

“Dalam masa yang sama kita melihat kebarangkalian untuk menukar calon di kawasan bergantung kepada UNDI18 apabila kita lihat kawasan bertanding itu kebanyakkan remaja kita akan meletakkan golongan muda, itu strategi kami,” ujarnya.

Tambahnya, tujuan utama PAS bertanding dalam PRN12 bukanlah untuk mengganggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), namun ianya disifatkan sebagai menghidupkanamalan demokrasi.

“Kalau dikatakan PAS Sarawak mengganggu GPS , kenyataan-kenyataan YB GPS pun adalah menyatakan PAS adalah bukan komponen.

“Kita menghulurkan demokrasi untuk kita bertanding secara sihat dalam masa yang sama untuk memberi kelebihan kepada rakyat Negeri Sarawak untuk memilih wakil rakyat mereka ataupun memilih kerajaan kita dengan lebih efisen,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) semasa PRN12 dalam norma baharu kelak, jelasnya PAS secara dasarnya telah menggerakkan unit teknologi maklumat untuk dijadikan rujukan di kawasan-kawasan perkampungan.

“PAS telah mengerakkan unit teknologi maklumat kita untuk rujuk ke kampung untuk melihat di kawasan berkenaan liputan-liputan yang ada jaringan-jaringan media sosial yang mereka gunakan supaya boleh menjadi kaedah untuk kita berkempen.

“Tidak dinafikan itu sedikit sebanyak menjadi cabaran dari segi penerangan kerana kita akan ada kempen rumah ke rumah kita akan ada kempen ceramah umum dan ceramah kelompok itu sedikit sebanyak mengencatkan kempen.

“Kita juga dalam usaha meningkatkan unit multimedia kita agar sejajar dengan SOP yang baru yang ditetapkan oleh pihak MKN, SPR, dan KKM,” katanya.

Awani-

Tags: PRN serawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hilang Di Tampin, Gadis 18 Tahun Ditemukan Selamat Di Melaka

Next Post

Warden Disyaki Bunuh Penghuni Pusat Pemulihan Direman Tujuh Hari

Related Posts

No Content Available
Next Post

Warden Disyaki Bunuh Penghuni Pusat Pemulihan Direman Tujuh Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd