• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kasi Tekan Butang i-Citra RM10,000 Secepat Mungkin’

oleh Cj Mnh
21/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana menteri Najib Razak tampil menggesa kerajaan persekutuan supaya merealisasikan pengeluaran wang sehingga RM10,000 melalui inisiatif i-Citra.

Najib memetik nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya segera ‘menekan butang’ i-Citra RM10,000.

“Tengku Zafrul, kasi (sila) tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu BN merekodkan kemenangan majoriti dua per tiga sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan di 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Sebagai rekod sebelum ini Najib memohon agar kerajaan menaikkan had maksimum pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Cadangan itu katanya bukan langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat pasca Covid-19.

“Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak. Ini sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

“Saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Tags: i-Citra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan i-Citra, Tubuh Program Dana Rakyat

08/01/2022
0

PETALING JAYA : Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan agar tidak meneruskan program pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Perlu Ada ‘Political Will’, Benarkan i-Citra: Ahmad Zahid

30/12/2021
0

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar kerajaan mempunyai ‘political will’ atau kehendak politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd