• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naikkan Lah i-Citra Kepada RM10K, Rakyat Memerlukan – Najib

oleh Mohd Arshad
05/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, propaganda kerajaan PN yang pada mulanya tolak cadangan, desakan serta syarat bajet 2021 saya pada akhir tahun 2020 untuk membenarkan pengeluaran dari akaun 1 KWSP yang kemudiannya menjadi skim i-Sinar ialah dividen serta keuntungan KWSP akan terjejas.

Tapi saya tengok pendapatan KWSP naik 25% pulak ke RM34.05 bilion untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM27.26 bilion bagi tempoh yang sama pada 2020.

Sebelum ini saya yang kerapkali mencadangkan dan memperjuangkan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari dan kemudiannya i-Citra KWSP apabila PKP 3.0 dilaksanakan.

Malah skim pengeluaran dari Akaun 2 KWSP yang kemudiannya menjadi skim i-Lestari turut dicadang oleh saya pada 17 Mac 2020 – iaitu sehari sebelum PKP 1.0 bermula.

’17 Mac 2020: Najib: Benarkan pencarum KWSP keluarkan sebahagian wang mereka”
https://sarawakvoice.com/2020/03/17/00najib-benarkan-pencarum-kwsp-keluarkan-sebahagian-wang-mereka/

“Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen sokong cadangan Najib.”
https://www.penangkini.com/2020/03/benarkan-pencarum-keluarkan-wang-akaun.html

Tetapi, saya pula yang menjadi sasaran dan dipersalahkan sebab had maksima i-Citra tidak dinaikkan had dari RM5,000 kepada RM10,000.

Begitu juga nasib Pemuda UMNO.

Biarpun kami berdua bukan Menteri Kewangan.

Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak ini sebenarnya
mereka mempunyai tunggakan-tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

Mereka bukan suka-suka mahu mengeluarkan wang caruman mereka.

Justeru itu, saya amat berharap had maksima i-Citra dinaikkan ke RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat-amat dituntut oleh rakyat.

Final time.

Sesungguhnya, ini bukan boleh disifatkan sebagai langkah ‘populis’ tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat.

Sebagai mengimbangi pengeluaran ini, kerajaan perlu memberi keutamaan untuk memulihkan semula simpanan rakyat dalam KWSP dengan cara yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan bajet 2021 tahun lepas dan perbahasan bajet tahun 2022.

Najib Mohon Had Pengeluaran i-Citra KWSP Dinaikkan Ke RM10,000

KWSP Lulus RM20.58 Bilion Bayaran i-Citra

Kerajaan Perhalusi Cadangan Naikkan Had Pengeluaran i-Citra

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaki-Citra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd