• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin: Saya Tidak Akan Kembali Semula Ke Pangkuan Umno

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata dia tidak berhasrat kembali semula ke pangkuan Umno meskipun Perikatan Nasional (PN) mencatatkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung semalam.

Muhyiddin berkata ini kerana gabungan itu mendukung prinsip integriti dan tadbir urus kerajaan yang lebih baik.

Dia berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam agar membubarkan Bersatu berikutan prestasi buruknya pada PRN Melaka, meskipun PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Terima kasih Lokman Adam menjadi penasihat saya tetapi minta maaf, kerana kita sudah berhijrah jauh dan kita yakin bahawa prinsip dan asas pembentukan bukan sahaja Bersatu tapi PN tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan yang lebih baik,” kata Muhyiddin pada sidang media di Hotel Hatten Melaka malam tadi.

Terdahulu, Lokman mencadangkan Muhyiddin kembali kepada Umno sekiranya dia mengutamakan umat Islam bagi mengukuhkan pengaruh parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata PN berpegang pada prinsip-prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salahguna kuasa

“Apakah saya harus tinggalkan prinsip itu untuk tujuan kembali kepada parti asal saya, tidak sekali kali,” tambahnya.

Pemimpin Bersatu itu sebelum ini menyifatkan Umno sebagai parti yang mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan rakyat semasa pandemik Covid-19 dengan merujuk kepada rampasan kuasa di Perak pada Disember 2020, di peringkat persekutuan pada Ogos dan krisis politik di Melaka sehingga menyebabkan pilihan raya negeri.

Malam tadi, BN memenangi pilihan raya Melaka dengan mencatatkan kemenangan besar apabila memperolehi majoriti dua pertiga kerusi DUN.

Gabungan itu sebelum ini hanya memiliki 13 daripada 28 kerusi DUN, dengan MCA dan MIC turut menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum 2018.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata dia berharap BN akan menepati janji yang terdapat dalam manifestonya.

-Malaysia Kini

Tags: muhyiddinUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ULASAN | Kekalahan PH Referendum Pada Kepimpinan Anwar

Next Post

PEDi Perkasa Usahawan Kecil, Tingkat Sosioekonomi Masyarakat

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

PEDi Perkasa Usahawan Kecil, Tingkat Sosioekonomi Masyarakat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd