• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Dicabar, Muhyiddin Gelar Shahrir ‘Bodoh’

oleh Iklan
12/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Berniat jahat, dan “bodoh” – itu reaksi diberikan Muhyiddin Yassin kepada veteran Umno Johor Shahrir Samad petang ini.

Presiden Bersatu itu diminta mengulas cabaran dibuat Shahrir agar Bersatu menarik sokongan Adun mereka kepada Menteri Besar Johor dan membuka jalan kepada krisis politik seperti di Melaka.

Menjawab soalan media hari ini Muhyiddin berkata dia mengenali Shahrir dan menganggap bekas ahli parlimen Johor Bahru itu memang mahukan apa yang berlaku di Melaka, berulang di Johor pula.

“Itu berniat jahat. Saya kenal Shahrir ni, dia nak macam mana yang berlaku di Melaka, berlaku (pula) di Johor.

“Inilah pemimpin Umno… jangan cabar saja. Saya presiden Bersatu, Perikatan Nasional (PN),” katanya yang jelas marah dengan isu berkenaan.

Nak Tarik Sokongan Di Johor? Silalah…

Tambah Muhyiddin lagi, tindakan Shahrir itu juga “bodoh” apabila meminta Bersatu menarik balik sokongan mereka kepada menteri besar Johor.

“Macam Shahrir bodoh, suruh bersatu tarik (sokongan) dan menteri besar Umno akan jatuh. Bijak ke bodoh?” tanyanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan PN Bemban di Kampung Air Panas, Jasin.

Mudah untuk dijelaskan

Muhyiddin juga berkata dia sebenarnya tidak takut untuk bertindak balas di Johor namun lebih memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat jika berlaku pilihan raya negeri.

“Shahrir tak fikir. Sekarang (pun) saya boleh tekan button (butang, untuk arahkan Adun Bersatu tarik sokongan).

“Saya tak takut, (tetapi) sebab saya fikirkan, yang penting ialah rakyat di Johor, jangan sampai berdepan masalah seperti di Melaka,” katanya.

Terdahulu Shahrir mencabar Bersatu mengarahkan Adun mereka di DUN Johor agar menarik sokongan mereka daripada Hasni Mohammad sebagai reaksi balas kepada ucapan Muhyiddin di Shah Alam malam tadi.

Untuk rekod Bersatu terlepas jawatan menteri besar Johor selepas Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan pada suku pertama tahun lalu. Asalnya Johor ditadbir oleh Adun Kempas, Osman Sapian, menjadi menteri besar.

Bagaimanapun dia kemudian digantikan dengan Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong) kira-kira 11 bulan kemudian.

Apabila kerajaan bertukar, gabungan PN dengan Umno-BN menyaksikan Hasni – yang mewakili kawasan DUN Benut – dilantik menjadi menteri besar.

Tungggu PRU kalau nak cabar

Kata Shahrir ada sebab mengapa pemimpin Umno yang menjadi menteri besar di Johor sekarang dan ia “mudah” untuk dijelaskan iaitu pemimpin Bersatu yang dilantik sebelum ini dianggap tidak layak menjadi ketua.

“Kalau ada yang layak dalam kalangan Adun Bersatu, tentu tidak terlepas jawatan (menteri besar) itu kepada Umno/BN,” katanya.

Kata Muhyiddin krisis yang berlaku di Melaka berpunca daripada Umno.

“Tengok apa yang Umno buat di Melaka… jahat! Kerajaan dah ada, dia sendiri tumbangkan.

“Macam Shahrir, bodoh… suruh Bersatu tarik (sokongan), menteri besar Umno (yang) akan jatuh. Bijak ke bodoh?

“Minta maaflah ya, saya kenal dia lama dah…” katanya.

Tambah Muhyiddin dia dan Bersatu sengaja enggan bertindak balas dan enggan menjadi “bodoh” seperti dilakukan Umno apa lagi ia melibatkan negerinya sendiri.

Kata bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu lagi, jika Shahrir mahu mencabarnya juga, ia boleh dilakukan semasa pilihan raya akan datang.

“Janganlah cabar saya. Kalau nak cabar, esok, tunggu pilihan raya (umum) dan tengok rakyat akan sokong siapa.

“Saya fikir (tindakan Shahrir) itu sangat tidak bertanggungjawab. Patutnya rakyat Johor marah kepada Shahrir.

“Saya takkan buat pada Johor macam mana Umno buat di Melaka,” katanya.

Tags: muhyiddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nak Tarik Sokongan Di Johor? Silalah…

Next Post

Kami Bukan Macam Dr M, PN Takkan Tipu Rakyat

Related Posts

Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama

Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan...

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

22/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri...

Next Post

Kami Bukan Macam Dr M, PN Takkan Tipu Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd