• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka: Kestabilan Tidak Kekal Sekiranya Tiada Reformasi Institusi – Pakar

oleh Mohd Arshad
20/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengukuhan dengan jumlah kemenangan kerusi yang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dapat menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya tiada reformasi institusi.

Pandangan itu disuarakan Saintis Politik dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Strategy dan Leadership Institute, Prof Wong Chin Huat yang memantau keputusan terkini Barisan Nasional (BN) yang memenangi 15 kerusi secara rasmi setakat 9.56 malam Sabtu.

“Saya merasakan kalau kita melihat pada majoriti sememangnya kukuh tetapi apa yang berlaku dalam politik adalah kebergantungan majoriti.

“Jadi dengan 21 kerusi itu bahawa ianya kukuh, tetapi ini tidak bermakna bahawa kestabilan ini akan berkekalan kecuali kita mempunyai reformasi institusi.

“Ini kerana pada masa depan sekiranya berlaku perbalahan secara peribadi, mungkin ada ADUN yang melompat (parti) lagi, ataupun parti yang berpecah dan kerajaan mungkin jatuh lagi.

“Apa yang penting kita perlu tanya dengan majoriti sebesar ini? Adakah UMNO akan kembali kepada rupa bentuk (kerajaan) sebelum 2018 ataupun kita akan mula melihat UMNO yang baharu, sungguhpun mempunyai majoriti tetapi akan membawa kepada reformasi dalam institusi dalam undang-undang pemecatan ADUN anti lompat parti dan juga mekanisme undi tidak percaya konstruktif? Ini adalah soalan penting yang kita perlu tanya kepada kerajaan UMNO yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Melaka Memilih dalam Astro AWANI pada Sabtu.

Dalam keputusan tidak rasmi, BN berjaya menubuhkan kerajaan di Melaka dengan memperolehi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka.

Keputusan setakat ini menyaksikan BN menang di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Telok Mas, Pantai Kundor, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula pukul 8 pagi dan berakhir tepat pukul 5.30 petang tadi dengan peratusan keluar mengundi sehingga pukul 4 petang adalah 61 peratus.

PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

-Awani

Tags: BNkestabilan kerajaanPRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd