• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Ermieyati Calon Pemimpin Masa Depan: Hamzah

oleh Mohd Arshad
09/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bakal menjadi ‘pengubah keadaan’ di Melaka sekiranya mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara merupakan calon ‘heavyweight’ bagi PN pada PRN kali ini.

“Mas Ermieyati adalah calon ‘heavyweight’ untuk PN, jadi kita mahu pengundi beri sokongan kerana beliau akan menjadi ‘pengubah keadaan’ (politik Melaka).

“Jika beliau menang, membuktikan rakyat bersedia mencari pemimpin yang penuh dengan integriti dan mampu menjadi pemimpin mereka masa hadapan.

“Ini bukan hanya akan membawa perubahan kepada negeri Melaka, tetapi juga menjadi contoh kepada seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Media PRN Melaka di Ayer Keroh pada Selasa.

Hamzah berkata, kemampuan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk menjadi pemimpin agak terserlah dan diyakini dapat memberikan kemenangan kepada PN.

“Beberapa isu ditimbulkan pengundi juga memberikan ruang untuk beliau diambil kira sebagai calon lebih baik daripada orang lain,” katanya.

DUN Tanjung Bidara menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan Mas Ermieyati bagi calon PN, Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN) dan Zainal Hassan sebagai calon Pakatan Harapan (PH).

Persaingan sengit dijangka berlaku kerana Ab Rauf dilabel sebagai calon ‘heavyweight’ bagi BN.-SINAR HARIAN

Tags: PRN Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd